Anda Tidak Bersendirian

Adakah anda rasa bersendirian sekali-sekala? Pernahkah anda tertanya-tanya sama ada orang lain mengambil peduli tentang apa yang sedang anda hadapi?

Apabila anda rasa seolah-olah anda bersendirian sahaja, ketahuilah bahawa Allah sentiasa menyertai anda—pada waktu ini juga. Di tengah-tengah kemenangan anda yang paling cemerlang dan di tengah-tengah teriakan meminta pertolongan anda yang paling kelam, Dia sentiasa menyertai anda. Dia tidak akan meninggalkan anda. 

Sebenarnya, Alkitab memberitahu kita bahawa kita tidak mungkin dapat menjauhkan diri daripada Allah atau lari dari hadirat-Nya. Walau berapa kali pun anda membuat kesilapan, berapa kali kawan anda meninggalkan anda, atau betapa tidak berupayanya anda kadang-kadang dalam kehidupan ini, Allah sentiasa menyelubungi anda.

Dia berkata kepada anda hari ini, “Aku menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi.” Dia mendorong anda, “Kuatkanlah dan mantapkanlah hatimu.” Dia berjanji, “Aku akan menguatkan dan menolong kamu.” Anda tidak bersendirian!

Luangkan masa sekarang untuk mengucapkan doa ini kepada Allah: Allah, terima kasih kerana Engkau berjanji untuk menyertai saya walau apa pun yang sedang saya hadapi. Saya memerlukan bantuan-Mu untuk menjadi kuat dan mantap. Berilah saya kedamaian dan penghiburan yang hanya dapat dibawa oleh hadirat-Mu. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.

Bertindaklah Sekarang

Bercakaplah dengan seseorang yang bersedia untuk mendengar 24/7: panggil 03-76272929 (Befrienders), 03-42657995 (Life Line Association Malaysia) atau 03-27806803 (Malaysian Mental Health Association)

Stay hubungi saya melalui Facebook atau message saya di sini dan saya akan balas.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: