Roh Memenuhi Kita dengan Sukacita

Oleh itu, perhatikanlah cara hidup kamu dengan baik. Janganlah hidup seperti orang bodoh, tetapi hiduplah seperti orang bijak. Setiap kali kamu berpeluang melakukan apa yang baik, gunakanlah peluang itu, kerana masa ini masa yang jahat. Janganlah bertindak bodoh, tetapi berusahalah untuk mengetahui apa yang dikehendaki Tuhan bagi kamu. Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah. —Efesus 5:15-18

Mengapakah orang meminum alkohol? Demi waktu ria. Kita semua ingin bergembira, tetapi ada satu masalah: “Masa ini masa yang jahat” (ay. 16).

Di manakah tempat mengadu anda apabila masa jahat, apabila anda rasa takut atau kecewa atau murung atau risau? Paulus merayu pada kita: “Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh. Apa-apa kebaikan yang dibawa oleh alkohol, Allah Roh Kudus dapat membawakan lebih banyak lagi.”

Terdapat orang yang tidak sabar menyiulkan lagu yang gembira atau menyanyikan lagu di tempat kerja kerana mereka berasa tegang dan risau akan kehidupan. Namun, pada waktu malam di pub, selepas beberapa gelas minuman keras, mereka berganding bahu, bernyanyi dan ketawa bersama-sama.

Kita semua inginkan kehidupan yang bebas, tidak tersekat laku, dan gembira. Tragedi zaman kita yang semakin bertambah, seperti pada zaman Paulus, adalah semakin banyak orang (termasuk orang Kristian) yang mempercayai bahawa satu-satunya cara mereka dapat menemukan kebebasan seperti kanak-kanak ini adalah melalui meracuni diri dengan alkohol. Tingkah laku demikian tidak memuliakan Allah, maka Paulus berkata: Terdapat cara yang lebih baik untuk mengatasi masa yang jahat—dipenuhi Roh, dan anda akan menyedari sukacita yang tidak ada bandingnya yang menyanyikan dan menghasilkan melodi kepada Tuhan.

Jadi, apakah maksudnya dipenuhi Roh?

Roh yang memenuhi kita ialah Roh sukacita yang sentiasa mengalir antara Allah Bapa dan Allah Anak kerana sukacita mereka terhadap satu sama lain. Oleh itu, dipenuhi Roh bermaksud diselubungi sukacita yang mengalir antara Tritunggal Kudus dan mengasihi Allah Bapa serta Allah Anak dengan kasih yang mana mereka saling mengasihi.

Jalan yang dipintas oleh Roh merentasi hutan kekhuatiran kita ke cerang sukacita adalah jalan iman. Berdasarkan Paulus, cara dipenuhi Roh adalah dengan mempercayai bahawa Allah harapan betul-betul memerintah—bahawa tidak seekor pun burung pipit jatuh ke tanah tanpa persetujuan-Nya (Matius 10:29)—dan bahawa Dia menguasai dunia demi anda dan bagi semua orang yang mempercayai firman-Nya. Kepercayaan tersebut, akan memenuhi anda dengan Roh Kudus dan dengan sukactia.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: