Melaksanakan Misi Bersama-sama

Anda dicipta untuk misi. Allah mahu anda untuk berkongsi kasih-Nya dengan orang lain — kawan anda, keluarga anda, dan rakan sekerja anda — orang yang bukan keluarga-Nya.

Mengapakah Dia mahu anda melakukan itu? Kerana Allah mahu semua orang dalam keluarga-Nya. Allah tidak pernah mencipta manusia yang tidak dikasihi-Nya dan tanpa tujuan buatnya. Allah tidak pernah mencipta orang yang Yesus tidak mati untuknya. Jadi, Allah mahu kita untuk berkongsi Berita Baik.

Namun, anda tidak bersendirian! Allah mahu anda melaksanakan misi dengan orang lain. Filipi 1:27 mengatakan, “Kamu teguh berdiri dalam satu roh, dan sehati sejiwa berjuang untuk iman yang timbul dari Berita Injil” (TB).

Bagaimanakah anda berkongsi dengan kawan anda bahawa Allah mengasihi mereka? Bagaimanakah anda melakukannya bersama dengan orang lain? Anda melakukannya melalui kumpulan kecil anda.

Pertama, berdoa bersama-sama. Anda meminta kumpulan kecil anda untuk berdoa untuk kawan anda yang tidak berhubungan dengan Allah. Anda tidak boleh memaksa orang lain untuk mengasihi Allah, tetapi anda boleh berdoa untuk mereka. Kawan anda mungkin menolak hujah anda atau enggan mendengar logik anda. Walau bagaimanapun, mereka tidak berdaya terhadap doa anda. Ia terus mencapai hati mereka!

Alkitab berkata dalam Kolose 4:3, “Berdoa jugalah untuk kami, supaya Allah membuka pintu untuk pemberitaan kami” (TB).

Adakah anda sedar apa yang berlaku apabila anda berdoa untuk peluang? Anda mula melihatnya di semua tempat! Doa membuat anda sedar. Apabila anda mula berdoa untuk keluarga anda, anda akan mula melihat keperluan keluarga anda. Apabila anda mula berdoa untuk rakan sekerja anda, anda mula mengambil berat tentang rakan sekerja anda.

Apabila anda mengenali orang di sekeliling anda dengan lebih baik, anda mula tertawan dengan minat yang sama dan mewujudkan peluang untuk berkongsi Injil dengan mereka.

Sebelum anda berkongsi Berita Baik dengan orang lain, anda perlu membina hubungan dengan mereka. Apakah pengalaman, minat, dan keperluan anda yang sama? Berbincanglah dengan ahli kumpulan kecil anda tentang perkara yang ingin anda lakukan, dan tanya mereka, “Siapakah yang kita kenali yang suka melakukan ini tetapi bukan orang yang percaya? Siapakah yang boleh dijemput untuk menyertai kita?”

Di Saddleback Church, terdapat kumpulan kecil di mana semua ahlinya adalah penyokong San Diego Chargers. Setiap orang dalam kumpulan tersebut membeli tiket musim untuk perlawanan Charger. Mereka juga berkongsi kos untuk membeli dua tiket musim tambahan. Setiap kali mereka ke perlawanan itu, mereka membawa dua orang baru bersama-sama. Mereka pergi dan berseronok di perlawanan itu, dan sesudah ia berakhir berkata, “Adakah kamu berseronok-seronok? Kumpulan yang sama ini bertemu setiap malam Khamis di rumah Bob. Mahukah kamu menyertai kami?”

Allah akan memberikan pelbagai peluang dan idea seperti ini. Mulalah berdoa tentangnya dengan kumpulan kecil anda, dan bukalah mata anda kepada orang di sekeliling anda yang boleh melayani bersama-sama.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: