Ketakutan

Aku percaya kepada Allah dan aku tidak takut; aku memuji Dia kerana janji-Nya. Apakah yang dapat dilakukan manusia terhadapku?
Mazmur 56:4

Ketakutan adalah salah satu perkara yang direka untuk membuatkan kita merasa bahawa kita “perlukan” Allah, dan mendekati kita kepada-Nya apabila kita menyedari bahawa kita tidak mempunyai kuasa untuk menyelamatkan diri kita sendiri daripada bahaya yang bakal berlaku. Saya akan sentiasa menaruh kepercayaan kepada-Mu – satu-satunya Allah yang Maha besar.

Ini adalah satu-satunya perkara yang boleh menenangkan fikiran ketika ribut bahaya. Kita berdepan dengan ketakutan dengan memilih untuk menaruh seluruh kepercayaan kepada Allah, dan dengan memuji nama-Nya dan firman-Nya. Segala pujian dan penyembahan kita kepada Allah menunjukan bahawa betapa dalam cinta kita kepada-Nya dan mengakui kasih-Nya untuk kita, dan mengingatkan kita bahawa “kasih yang sempurna melenyapkan ketakutan” (1 Yohanes 4:18). Dengan cinta dan janji-janji Allah yang terkota di dalam hati kita, yang mengalir melalui kita, apakan perkara yang boleh dilakukan oleh manusia biasa terhadap kita?

Kami benar-benar boleh mempercayai kepada Allah dan firman-Nya kerana Tuhan berkata, ” Janganlah takut, sebab Aku menyertai engkau, janganlah bimbang, sebab Aku ini Allahmu …” (Yesaya 41:10) Mempercayai Allah: 1) Menghasilkan bukti iman kita, 2) membawa kedamaian dan kepuasan, 3) membawa bantuan dalam masa yang diperlukan, dan 4) membawa kegembiraan pada masa kini dan menjanjikan kegembiraan yang kekal abadi. Tuhan memberkati kita!



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: