Bahasa Melayu

Mempercayai Proses Allah

Tabiat cenderung mempunyai reputasi yang buruk, tetapi ia sebenarnya satu proses yang diwujudkan oleh Allah. Marilah kita memanggilnya proses Allah. Ini membawa kepada huruf seterusnya: mempercayai proses Allah (trust the God-process). 

“Kesempurnaan Tidak Diperlukan”

Apabila anda menyedari buat pertama kalinya bahawa Allah telah mengatur segala ciptaan untuk menjangkau anda dengan mesej-Nya, ia mungkin agak menarik — mungkin mengujakan juga. Kemudian, anda ingat betapa tidak sempurnanya anda. Itu adalah reaksi yang semula jadi apabila anda mula mendekati Allah. Dia adalah sempurna.

“Keselarian”

Allah dapat melihat merentasi seluruh masa seperti ombak pada ufuk Syurga. Dia melihat anda — setiap versi anda. Dia melihat yang mementingkan diri dan yang tidak mementingkan diri, yang bijak dan yang bodoh. Dia melihat waktu malu yang paling suram dan kegirangan yang paling membanggakan. Dia melihat anda pada masa sekarang dan masa silam sejelas Dia melihat anda pada masa depan.

Identiti yang Sihat

Kita semua inginkan tabiat harian yang baik. Namun, sebaliknya kita melakukan perkara seperti bangun lewat, terlambat pergi kerja, pulang lambat, menengking anak, memakan atau meminum “sedikit saja lagi,” dan menyemak e-mel di katil. 

“Isyarat Senyap”

Elihu membuat satu pemerhatian yang bijak. Allah sentiasa berbicara, tetapi kita tidak sentiasa mendengar. Dia berbicara secara langsung dan tidak langsung. Dia berbicara melalui mimpi dan orang. Dia berbicara melalui kesakitan dan kegembiraan. Dia berbicara melalui kehidupan dan kematian. Dia sentiasa berbicara, dan pada hari ini Dia berbicara kepada anda.