Bahasa Malaysia

Mempercayai Proses Allah

Tabiat cenderung mempunyai reputasi yang buruk, tetapi ia sebenarnya satu proses yang diwujudkan oleh Allah. Marilah kita memanggilnya proses Allah. Ini membawa kepada huruf seterusnya: mempercayai proses Allah (trust the God-process). 

“Kesempurnaan Tidak Diperlukan”

Apabila anda menyedari buat pertama kalinya bahawa Allah telah mengatur segala ciptaan untuk menjangkau anda dengan mesej-Nya, ia mungkin agak menarik — mungkin mengujakan juga. Kemudian, anda ingat betapa tidak sempurnanya anda. Itu adalah reaksi yang semula jadi apabila anda mula mendekati Allah. Dia adalah sempurna.

“Keselarian”

Allah dapat melihat merentasi seluruh masa seperti ombak pada ufuk Syurga. Dia melihat anda — setiap versi anda. Dia melihat yang mementingkan diri dan yang tidak mementingkan diri, yang bijak dan yang bodoh. Dia melihat waktu malu yang paling suram dan kegirangan yang paling membanggakan. Dia melihat anda pada masa sekarang dan masa silam sejelas Dia melihat anda pada masa depan.

Menyiasat dan Membuat Perubahan

Apabila kita rasa kita tidak dapat berhenti daripada lingkaran tabiat, marilah kita berhenti, menyiasat, dan membuat perubahan. Juga, marilah kita menggunakan lingkaran tabiat untuk membina tabiat yang baik semasa kita membentuk tanda yang positif, rutin yang sihat, dan ganjaran yang betul. 

Bersifat Baik Terhadap Diri

Waktu anda memutuskan untuk sungguh-sungguh membina tabiat harian yang baik adalah waktu anda melangkah keluar dari “zon penyempurnaan.” Ini membawa kepada huruf hari ini: bersifat baik terhadap diri (be kind to yourself). Apabila anda gagal mengamalkan tabiat baru anda, anda harus bersifat baik terhadap diri. 

Meminta Tolong (Ask for Help)

Dalam kitab Ibrani—sepucuk surat yang dituliskan kepada orang Yahudi yang mengikuti Yesus—dicadangkan bahawa mengabaikan persekutuan dengan orang percaya yang lain bukan sahaja kekurangan tabiat yang baik, tetapi sebenarnya kehadiran tabiat yang buruk.