Sistem untuk Dibina

Fikir tentang satu masalah di tempat kerja, dalam pasukan anda, di rumah anda, atau dalam kehidupan anda yang asyik berulang. Anda mungkin fikir anda memiliki masalah kawalan kualiti, perkhidmatan pelanggan, orang yang salah, atau rumah yang tidak teratur, tetapi ia mungkin disebabkan oleh masalah sistem.

Sebagai pemimpin, kita cenderung menyalahkan ahli bawahan kerana menyebabkan masalah kita apabila masalah sebenar adalah sistem atasan. 

Barangkali anda berfikir, “kami tidak mempunyai sistem,” atau “kami bersifat lebih hubungan; kami tidak memerlukan sistem.” Dengan penuh hormat, anda memiliki sistem. Sistem anda mungkinlah memulakan hari dengan menyemak e-mel, menguruskan masalah yang dihadapi, dan balik ke rumah dengan rasa tertekan. Namun, itu merupakan suatu sistem.

Anda memiliki sistem secara sengaja atau secara lalai, tetapi macam mana pun, anda memilikinya. Sistem anda mungkin hasil daripada apa yang anda bina ataupun apa yang dibiarkan. Jadi, jika anda inginkan hasil yang lebih baik, mulakan dengan membina sistem yang lebih baik. 

Dalam bab pertama Alkitab, dunia tidak berbentuk, dan Allah berkata, “Hendaklah ada cahaya.” Kemudian, Dia memisahkan siang daripada malam, bumi daripada langit, darat daripada laut, burung daripada ikan, dan sebagainya. Anda mungkin memerhatikan bahawa Allah mengendalikan sistem khusus sekaligus dan tidak mara sehingga Dia berpuas hati. Akhirnya, Allah mencipta manusia dan memberikan mereka arahan untuk menjaga segala-galanya—termasuk sistem berehat sekali setiap minggu. 

Penciptaan dimulakan dengan suatu sistem. Rasul Paulus memanggil Jemaat sebagai satu tubuh dengan banyak bahagian, di mana semua bahagian berfungsi dengan tujuan yang disengajakan dan penting. Itulah sistem. Satu sistem dengan seorang pemimpin utama—Yesus. 

Seperti dunia, seperti Jemaat, seperti tubuh anda, kehidupan anda dipenuhi sistem. Sistem yang sihat tidak berlaku secara kebetulan. Ia dibina secara sengaja. 

Apakah sistem yang anda perlu bina untuk memperoleh hasil yang diinginkan? 

Pertimbangkan: Sudahkah saya menjadikan Yesus pemimpin sistem utama saya—kehidupan saya? Apakah ketegangan yang sedang saya hadapi, dan apakah sistem yang boleh menyelesaikannya?



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: