Keberanian untuk Berhenti

Jika ada orang yang dilahirkan dengan potensi kepimpinan yang menakjubkan yang diberikan oleh Allah, itu pastilah Simson, namum kehidupannya musnah kerana dia kekurangan keberanian untuk berhenti.

Ia bertambah teruk dalam Hakim-hakim 16:1 BM: Pada suatu hari Simson pergi ke Gaza. Di sana dia berjumpa dengan seorang pelacur.

Gaza terletak 25 batu dari kampung Simson, Zora. Gaza merupakan ibu pejabat di mana Simson ialah Musuh Awam Nombor Satu. Juga, pada zaman Simson—tiada Uber. Simson berjalan sejauh 25 batu ke kawasan musuh untuk mencari pelacur. 

Iaitu 56,250 langkah. Simson tidak merosakkan kehidupannya sekaligus. Dia berjalan 56,250 langkah dalam arah yang salah. 

Begitu jugalah dengan pasukan kita, organisasi kita, kerjaya kita, kesihatan kita, dan keluarga kita. Kita tidak memusnahkannya sekaligus. Biasanya ia berlaku dengan satu keputusan yang tidak bijak, satu langkah yang salah, satu tabiat buruk, hari demi hari. 

Jadi, apakah yang kita perlukan? Keberanian untuk berhenti. Untuk mengatakan tidak. Untuk melakukan kurang. Untuk menahan daripada mengambil satu lagi langkah dalam arah yang salah. Apakah yang perlu anda hentikan? 

Ini bukan tentang menghentikan sesuatu yang jelasnya salah. Adakah anda seorang pengurus? Barangkali ada mesyuarat tidak berapa baik yang anda perlu hentikan. Jika anda menggunakan sumber yang baik untuk projek yang biasa, anda tidak akan melihat hasil yang baik. Apakah projek yang perlu anda hentikan? Apakah beberapa tugas penting yang mungkin perlu dihentikan supaya anda dapat bertumbuh sebagai seorang pemimpin? Demi mencapai lebih banyak sebagai seorang pemimpin, anda mungkin perlu lakukan lebih sedikit. 

Mungkin ia tidak berkaitan dengan kerja. Mungkin seperti Simson, anda telah mengambil satu, dua, atau barangkali 2,000 langkah dalam arah yang salah dalam satu hubungan, satu tabiat, atau berhubungan kesihatan anda. Ia sama sahaja—belum terlambat untuk mengumpulkan keberanian untuk berhenti. 

Pertimbangkan: Berdasarkan siapa yang saya ingin jadi, apakah yang saya perlukan keberanian untuk hentikan? Apakah pencetus yang menyebabkan hasil yang salah? Apakah angin atau tempat yang cenderung menimbulkan masalah? Siapakah yang boleh tolong saya untuk berhenti?



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: