Memberikan Baki Anda kepada Hidup Ini

Pernahkah anda mendapati diri anda berharap atau berdoa untuk lebih banyak lagi masa dalam sehari? Terlalu banyak hal yang perlu dilaksanakan dan terlalu sedikit masa. Anda berusaha dan bekerja keras, dan apabila kerja berat memenatkan anda, anda sedar bahawa walau apa pun yang anda lakukan, ia tidaklah mencukupi. Saya boleh memberikan banyak contoh, tetapi tekaan saya adalah anda memahami ini, dan anda mengerti. Bukan anda sahaja. Ini merupakan fenomena kepimpinan dan kehidupan yang biasa. Nampaknya, memang tidak pernah mencukupi.

Saya mempunyai seorang pemimpin yang hebat dalam pasukan saya yang sering menyentuh hal ini. Marilah panggilnya Trent. Ia kerap berkata ia memberikan 120-150% kepada usaha dan projeknya. Trent berkata ia “berusaha sedaya-upaya.” Sebagai pemimpin, saya suka apabila ahli pasukan saya melibatkan diri sepenuhnya dan berusaha sedaya-upaya. Sebaliknya, kita mesti menyedari kepentingan kata-kata kita, naratif yang disampaikan, dan set minda yang dibina. Tidak ada lebih daripada 100%. Secara praktis, itu adalah mustahil, jadi janganlah menggunakan bahasa itu. 

Ada sekali konsep ini membawa kepada perbualan “terus terang yang radikal.” Saya ingin menjelaskan kata yang kita perlukan untuk mendekati kehidupan dan kerja, termasuk tenaga dan usaha kita. Usaha yang dikatakan oleh ahli pasukan saya itu adalah diputarbelitkan dan harus dibetulkan. Akhirnya saya mencabar Trent untuk memberikan bakinya kepada hidup ini

Ya, anda baca dengan betul. Saya mencadangkan dan mempercayai bahawa kita dikehendaki meningkatkan kemampuan kepimpinan kita dengan sesuai dengan memberikan baki kita kepada hidup kita! Saya sedar ini bersaing dengan budaya segala sesuatu yang diajarkan kepada kita dan segala sesuatu yang terjadi di dunia ini, tetapi dengar dulu. Jika kehidupan ini menerima baki kita, itu adalah kerana Allah telah mendapat keutamaan kita dan hal yang terbaik dalam kehidupan kita. Luangkan masa untuk betul-betul merenungkan ini dalam fikiran dan jiwa anda. Keutamaan kita dan hal kehidupan kita yang terbaik tidak harus diberikan kepada hubungan duniawi, regimen senaman, kerjaya, atau kewangan kita. Keutamaan kita dan hal kehidupan kita yang terbaik harus diberikan kepada hubungan kita dengan Allah. Habis perkara.

Sepanjang Alkitab, kita membaca tentang berkat dan perkenan Allah terhadap kita. Walau bagaimanapun, kita lupa bahawa Allah ialah Allah yang cemburu, yang inginkan hubungan yang mendalam dengan kita. Konsep ini betul-betul menonjol kepada saya semasa saya membaca Roma, bab 12. Paulus mencabar orang Roma untuk “mempersembahkan diri sebagai suatu korban yang hidup, yang khas untuk Allah, dan yang menyenangkan hati-Nya,” memberitahu mereka bahawa demikianlah “seharusnya kamu beribadat kepada Allah.” Setiap lingkungan kita harus dipersembahkan sebagai suatu korban kepada Allah. Inilah ibadat kita kepada-Nya. Allah harus menjadi keutamaan dalam kehidupan kita dan menerima hal yang terbaik daripada kita. 

Meneliti hari anda dengan serius. Adakah anda bangun pagi untuk bersenam tetapi tiada ruang untuk Allah dalam hari anda? Adakah keutamaan di tempat kerja anda membayangi Allah? Adakah ketegangan hubungan dalam kehidupan anda menghalang anda daripada menghabiskan masa dengan Allah? Walau apa pun, saya mencabar anda untuk menghadap Allah, memberikan-Nya keutamaan dan memberikan-Nya hal yang terbaik supaya Dia boleh menggandakan dan mengedarkan baki anda. 

Saya tahu ini dengan pasti: Jika anda membawa keutamaan anda dan hal yang terbaik kepada-Nya, Allah akan mengambil baki anda dan memberkatinya dalam cara yang tidak mungkin difahami sepenuhnya. Hidup berlumba-lumba mengejar kejayaan ini hanya dapat diselesaikan dengan Allah yang menjadi semakin penting, bukan diri kita yang menjadi semakin penting. Semaklah keutamaan anda pada hari ini.

Allah, semasa saya menyelami Firman-Mu pada hari ini, berilah saya keupayaan untuk melihat agenda saya, keutamaan saya, dan keinginan saya yang tidak selaras dengan kehendak-Mu. Berikan saya kasih kurnia-Mu dan perkenan-Mu sekarang ini, Tuhan, untuk melihat sebagaimana Engkau melihat, dan agar Firman-Mu meresapi hati dan roh saya. 



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: