Bertekun

Meningkatkan Kemampuan Kepimpinan bukanlah untuk golongan yang lemah atau letih. Hal yang tidak dapat anda fahami sepenuhnya daripada membaca buku, mendengar orang lain, atau memperoleh MBA adalah betapa susahnya anda perlu bertahan untuk memenuhi potensi kepimpinan anda. Menerima kenyataan ini dan menerima kesusahan yang datang dengan kepimpinan merupakan pendidikan yang sangat berharga yang kita perlu akui dan hargai. Salah seorang penulis kegemaran saya, James Clear, menyatakannya seperti ini:

“Kekuatan mental anda adalah sekadar dengan tuntutan kehidupan terhadap anda. Kehidupan yang senang membentuk minda yang dapat mengatasi kesenangan sahaja. Kehidupan yang mencabar membina minda yang boleh mengatasi cabaran. Seperti otot yang menjadi lemah dan kecil jika tidak digunakan, kekuatan mental semakin hilang melainkan ia diuji. Apabila kehidupan tidak mencabar anda, cabarlah diri sendiri.” 

Semasa mengenang kembali perjalanan kepimpinan saya, saya sentiasa diingatkan tentang kepentingan merebut peluang tanpa teragak-agak dan bertekun apabila keadaan menjadi sulit. Namun, apabila beban itu adalah berat dan penderitaan adalah besar, kita ingin mengaku kalah dan tidak merebut peluang. Kita mungkin tidak mahu keluar dan tidak bertekun. Saya faham. Secara peribadi, saya ingat akan banyak kali saya tidak berusaha sekuat yang diperlukan, sebaliknya, berputus asa terlalu awal. Dengan pengalaman yang lalu, saya boleh melihat kesilapan tersebut. Saya tidaklah sempurna tetapi saya boleh berkata bahawa berkenaan peluang besar yang penting, ketekunan saya, ketabahan saya, dan kasih kurnia Allah telah membantu saya mencapai kejayaan. 

Apakah situasi atau keadaan yang sedang anda hadapi? Adakah anda mengharungi fasa pertumbuhan mencabar yang lebih mengecewakan daripada memuaskan? Jika jawapan anda ialah ya, anggaplah diri anda diberkati. Jika keadaan berjalan lancar dan tidak mencabar sehinggakan anda tidak merasakan tekanan dan pergeseran, barangkali sudah tiba masanya untuk berubah. Mulakan projek yang baru, membuat keputusan untuk menulis buku yang telah difikirkan, belajar bahasa baru, memperoleh ijazah sarjana, atau melayani sebagai ahli lembaga bukan untung. Tekaan saya adalah anda sudah memikirkan langkah seterusnya. 

Bergantung pada situasi, bertekun kelihatan berbeza bagi orang yang berlainan. Terimalah galakan bahawa perbaikan, ketabahan, dan pergelutan yang menyertai ketekunan adalah sangat berharga. Meningkatkan kemampuan kepimpinan anda memerlukan kerja berat yang membosankan, dan kebijaksanaan alkitabiah menantikan anda dalam Firman Allah. 

Allah, berikan saya mata untuk melihat bagaimana Engkau menggunakan pergelutan ini untuk kebaikan saya. Tolonglah saya untuk tidak melarikan diri daripada cabaran, sebaliknya berlari kepada-Mu.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: