Anda Boleh Mengatasi Kegelapan Ini

Adakah apa-apa cara untuk mengendalikan penderitaan yang sedang anda alami? Bolehkah anda melepaskan diri daripadanya?

Dengan bantuan Allah, jawapannya ialah ya. Apabila fikiran ingin mencederakan diri atau berputus asa sepenuhnya mula memenuhi minda anda, pilihlah untuk menolak bohong itu dan menumpukan perhatian pada janji Allah kepada anda. Alkitab memberitahu kita bahawa Allah tidak akan membiarkan anda dicubai lebih daripada yang dapat anda tanggung dan bahawa Dia akan sentiasa menyediakan jalan keluar supaya anda dapat menempuhnya. Dengan kuasa Kristus, anda boleh mengalahkan kegelapan yang cuba membinasakan anda.

Jika anda bergelut dengan fikiran bunuh diri atau ingin mencederakan diri sendiri demi melepaskan sesetengah penderitaan, buatlah keputusan sekarang ini untuk membentuk satu rancangan tindakan untuk waktu anda rasa dicubai untuk membuat keputusan yang membinasakan. Buang apa-apa benda daripada persekitaran anda yang boleh digunakan untuk mencederakan diri, simpan beberapa nombor telefon orang yang dapat dipanggil dan berbual dengan anda, dan mula menghafal ayat Alkitab yang dapat membantu anda semasa pergelutan anda.

Satu ayat baik untuk dihafal ialah Filipi 4:8, yang memberitahu kita untuk menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat. Dalam Filipi 4:13, kita belajar bahawa dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, kita berdaya menghadapi segala macam keadaan. Apabila anda menumpukan perhatian pada mencari Allah dan teguh dalam kekuatan-Nya, anda boleh menuntut kemenangan atas segala sesuatu yang melanda anda.

Ingatlah, apabila anda berasa lemah, Allah amatlah kuat. Apabila anda tidak berdaya atau tidak ingin meneruskan hidup, panggillah Dia dan Dia akan membebaskan anda. Anda boleh mengatasi kegelapan ini!

Luangkan masa sekarang untuk mengucapkan doa ini kepada Allah: Yesus, terima kasih kerana Engkau berjanji bahawa saya tidak mungkin dicubai lebih daripada yang dapat saya tanggung. Engkau akan sentiasa menyediakan jalan keluar dan menguatkan saya, walaupun semasa saya adalah paling lemah. Tolonglah saya untuk menumpukan fikiran saya pada janji-Mu, dan bukannya pada bohong yang memberitahu saya memanglah lebih mudah untuk berputus asa. Saya menyatakan hari ini bahawa dengan pertolongan-Mu, saya ialah penakluk dan pemenang. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.

Bertindaklah Sekarang

Bercakaplah dengan seseorang yang bersedia untuk mendengar 24/7: panggil 03-76272929 (Befrienders), 03-42657995 (Life Line Association Malaysia) atau 03-27806803 (Malaysian Mental Health Association)



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

1 reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: