Kehidupan Anda Mempunyai Tujuan

Adakah anda berasa bimbang tentang masa depan? Adakah anda menghabiskan masa yang banyak tertanya-tanya sama ada keadaan akan bertambah baik, ataupun sama ada kehidupan akan terus sukar seperti sekarang?

Meskipun ketika kehidupan kelihatan suram atau anda rasa anda ialah kegagalan yang terbesar, Allah masih mempunyai tujuan yang menakjubkan untuk hidup anda.

Alkitab memberitahu kita bahawa Allah tidak mencipta kita untuk menjadi mangsa atau untuk menderita, tetapi untuk melakukan perbuatan baik dan untuk menjadi makmur. Ini tidak bermaksud bahawa kehidupan akan sentiasanya senang atau keadaan akan sentiasa menurut kehendak anda; ini bermaksud walaupun semasa waktu yang sukar, Allah mempunyai rancangan yang lebih besar dan sedang menguruskan segala sesuatu demi kebaikan anda. 

Anda mungkin berfikir, “Tapi bagaimana Dia mungkin menukar kesengsaraan saya menjadi sesuatu yang baik?” Barangkali anda berupaya membantu orang lain menempuh situasi yang sama dengan anda ini kelak. Barangkali Allah mahu anda bergantung sepenuhnya pada-Nya pada waktu ini dalam cara yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Walau apa pun sebab-Nya, anda boleh tetap yakin bahawa rancangan Allah adalah sentiasa lebih besar daripada rancangan anda dan jika anda membenarkan-Nya, Dia akan menggunakan bakat, semangat, dan beban anda untuk mengubah dunia ini. Anda ditakdirkan untuk kebesaran!

Luangkan masa sekarang untuk mengucapkan doa ini kepada Allah: Allah, terima kasih kerana Engkau telah mencipta saya dengan tujuan yang kudus. Engkau tahu panggilan saya dari mula-mula lagi, dan saya bersyukur kepada-Mu bahawa hari saya yang paling sukar jugalah sebahagian daripada rancangan-Mu untuk saya. Tolonglah saya untuk mengingati janji-Mu dalam Alkitab: Engkau akan menopang saya melalui musim hidup ini ke arah sesuatu yang hebat, dan bahawa masa depan saya dipenuhi harapan. Saya mempercayai-Mu dengan kehidupan saya, Allah, dan berdoa agar Engkau menggunakan kehidupan saya untuk mencapai sesuatu yang luar besar demi-Mu. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.

Bertindaklah Sekarang

Bercakaplah dengan seseorang yang bersedia untuk mendengar 24/7: panggil 03-76272929 (Befrienders), 03-42657995 (Life Line Association Malaysia) atau 03-27806803 (Malaysian Mental Health Association)



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: