Dedahkan Ketakutan Saya 

Apakah yang membuat anda rasa bimbang? Gelisah? Tidak tenteram? Takut?

Saya tidak bercakap tentang ketakutan luaran yang biasa seperti ular, labah-labah, atau berasa gerun untuk menaiki kapal terbang. Saya tertanya-tanya apa yang buat anda tidak dapat tidur, perkara yang melantun dalam fikiran anda dan enggan didiamkan. Perkara seperti kehilangan pekerjaan. Tidak berkahwin. Atau terperangkap dalam perkahwinan yang teruk. Kesihatan yang merosot. Menghabiskan simpanan anda untuk hidup.

Kita tidak tahu akan ketakutan yang terlintas di fikiran Daud, tetapi memanglah jelas bahawa ia merisaukan keselamatannya dan barangkali masa depannya. Disebabkan selepas meminta Allah untuk menyelidiki hatinya, Daud berdoa, “ketahuilah fikiranku” (Mzm 139:23). Ia ingin berkongsi ketakutan utamanya dengan Allah. Mengatasi ketakutan tersebut dan mengenal pasti ketakutan tersebut. Mempercayai bahawa Allah adalah lebih besar daripada apa-apa ketakutan yang dapat dibayangkan oleh Daud.

Sanggupkah anda mengucapkan doa seperti itu? “Tuhan, dedahkan apa yang menjadikan fikiran saya tebusan. Tunjukkan kepada saya apa yang paling ditakuti oleh saya. Tolonglah saya untuk mengatasi hal yang menakutkan saya.” 

Perkara yang ditakuti anda adalah penting.

Beberapa tahun lepas, saya mendapat pencerahan tentang subjek ini yang menyentuh saya dalam cara yang amat peribadi. Allah telah menunjukkan kepada saya apa yang paling saya takuti dalam lingkungan yang saya paling kurang mempercayai-Nya. Selepas kelahiran anak perempuan ketiga kami, Anna, Amy mula mengalami cabaran fizikal. Pada mulanya, kami rasa itu cumalah keletihan, tetapi separuh daripada tubuhnya menjadi kebas, kami takut sesuatu yang lebih teruk telah berlaku. Doktor demi doktor tidak dapat memberikan jawapan. Apabila simptomnya bertambah teruk, kepercayaan saya dalam Allah mula berkurang.

Ketakutan ini membangkitkan ketakutan lain, dan pada waktu malam fikiran saya menjadi tidak terkawal. Bagaimana kalau Amy sakit tenat? Bagaimana kalau saya kehilangannya? Saya tidak berupaya membesarkan anak-anak kami tanpanya. Saya tidak berupaya untuk terus memimpin gereja. Saya tidak mahu meneruskan kehidupan. Kemudian saya tersedar. Hal yang membuat saya terjaga pada waktu malam adalah hal yang saya tidak serahkan kepada Allah untuk diuruskan-Nya. Saya berpaut pada semua itu, merenungi semua itu, mencuba untuk mencari cara untuk mengawal semuanya, untuk menyelesaikan semua masalah saya, untuk merancang cara untuk menghadapi setiap kontigensi. Syukurlah, atas kemuliaan Allah, Amy beransur pulih, tetapi cabarannya telah mendedahkan salah satu daripada kelemahan saya yang paling teruk. Ketakutan menguasai saya.

Bagaimana dengan anda? Apakah lingkungan yang menjadi pautan anda sementara membenarkan semua itu untuk menakutkan anda? Apakah ketakutan yang menghalang anda daripada Allah?

Pertimbangkan itu. Jika anda dicengkam ketakutan tentang masa depan perkahwinan anda, ini adalah satu tanda bahawa anda tidak mempercayai Allah sepenuhnya dengan perkahwinan anda. Jika anda dikuasai kerisauan tentang cara anda akan membayar bil anda, ini mendedahkan bahawa anda mungkin tidak mempercayai Allah sebagai pemberi anda. Jika anda dilumpuhkan oleh kerisauan tentang keselamatan anak anda, mungkinkah anda tidak mempercayai Allah untuk melindungi mereka?

Apabila Allah mendedahkan ketakutan anda, Dia juga akan membina iman anda. Anda memerlukan Dia. Anda memerlukan hadirat-Nya. Anda memerlukan kuasa-Nya. Anda memerlukan Roh-Nya untuk memimpin anda. Anda memerlukan Firman-Nya untuk menguatkan anda. 

Hal yang paling anda takuti menunjukkan lingkungan di mana anda perlu bertumbuh dengan Allah. Apakah ketakutan anda? Apakah fikiran anda yang merisaukan?

Apakah yang ditunjukkan oleh Allah kepada anda?

Dalam lingkungan manakah anda perlu bertumbuh dalam iman?

Percayalah Dia. 



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: