Lakukan

Hampir setiap kanak-kanak lelaki suka bermain “Koboi dan Orang Asli.” Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang berpura-pura berlawan di Wild West adalah agak berbeza daripada peperangan sebenar dengan senjata yang sebenar. Contohnya, amalan bersembunyi di sempadan untuk menyerang hendap menggunakan anak panah berapi. Strategi taktikal ini memerangkap pihak lawan semasa mereka tidak hemat. Anak panah berapi akan memulakan api pada kanvas wagon, mengalihkan perhatian tentera dan menyebabkan penghuni wagon tersebut untuk menumpukan perhatian pada api dan bukannya pada musuh yang sedang menyerbu.

Anak panah berapi tidak digunakan untuk membunuh atau membinasa; tetapi digunakan untuk mengalihkan perhatian.

Musuh anda ingin mengalihkan perhatian anda, saudari. Supaya ia boleh memerangkap anda semasa anda tidak sedar. Dengarlah saya—ia tidak melepaskan anak panahnya secara sembarangan. Ia mengikut strateginya. Ia sudah meneliti kecenderungan dan tabiat anda, ketakutan terdalam dan kelemahan anda, dan ia menyasarkan lingkungan tersebut secara khusus. Ia sedar bahawa ia tidak dapat memusnahkan anda. Anda selamat secara abadi dalam Yesus. Namun, ia memang berniat untuk memesongkan perhatian anda dengan memulakan banyak sekali api dalaman dalam kehidupan anda—seperti ketidakyakinan, intimidasi, kekhuatiran, kerisauan, atau kesibukan. Ia mahu anda tidak terfokus sementara ia menyelinap di belakang.

Dalam Efesus 6, Paulus memberikan tali pinggang, perisai dada, dan kasut sebagai seragam rohani yang harus dipakai oleh orang percaya setiap masa. Minit demi minit. Hari demi hari. Namun, berhubungan dengan perisai iman, ia memerintah agar perisai itu “diambil.”

Lihatnya seperti ini: Seorang jururawat mungkin memakai scrubs setiap hari di tempat kerja kerana itu adalah seragamnya. Namun, bila perlu ia akan mengambil stetoskop, mesin tekanan darah, atau mana-mana alat yang perlu digunakan untuk merawat pesakitnya. Demikian juga, kita mesti sentiasa memakai seragam harian kita yang telah diberikan oleh Tuhan, di samping bersiap sedia untuk “mengambil” peralatan lain bila perlu.

Perlengkapan senjata yang pertama ini ialah perisai iman. Sebaik sahaja kita merasakan anak panah berapi menyusupi kehidupan kita, kita mengaktifkan iman sebagai perisai perlindungan kehidupan kita.

Jangan terlepas ironi di sini. Musuh melepaskan anak panah berapi ke dalam kehidupan anda terutamanya ketika anda dipanggil untuk berjalan berdasarkan iman. Anak panah tersebut diniatkan dengan sengajanya untuk menghalang anda daripada melakukan satu-satunya tindakan yang berkuasa memadamkan api itu: berjalan berdasarkan iman!

Iman menyebabkan anak panah yang berapi untuk berdesis. Apakah yang Allah minta anda lakukan? Lakukannya! Berdasarkan Iman.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: