Roh Membangkitkan Tubuh Kita

Jika Roh Allah yang membangkitkan Kristus daripada kematian, hidup dalam diri kamu, Dia yang membangkitkan Kristus daripada kematian itu, juga akan menghidupkan badan kamu yang fana. Dia melakukannya dengan Roh-Nya yang hidup dalam diri kamu. —Roma 8:11

Allah amat mengambil berat tentang tubuh anda. Jika tidak, Dia akan membiarkan tubuh anda reput dalam kubur dan meminta anda mengatakan berambuslah. Walau bagaimanapun, Dia tidak berkata demikian. Tidak, Allah telah mencipta anda dengan satu tubuh dan Dia telah menciptakan anda untuk kemuliaan-Nya.

Oleh itu, Dia akan membangkitkan dan memberikan hidup kepada tubuh fana anda melalui Roh-Nya walau betapa remuk, atau cacat, atau kurus kering, atau berpenyakit pun, dan Dia akan menjadikan tubuh anda begitu kuat, begitu sihat, begitu indah, sehinggakan apabila saya melihatnya, saya akan berkata, “Kamu bagaikan langit biru yang luas pada hari musim panas yang cerah. Kamu bagaikan kegemilangan jutaan bintang pada ruang angkasa yang gelap-gelita. Keserian kamu bagaikan matahari; ya, dalam kamu saya melihat keagungan kemuliaan Yesus Kristus yang telah mencipta kamu, menebus kamu, membangkitkan kamu, dan memuliakan kamu dengan kemuliaan-Nya selama-lamanya.”

Di manakah kita menemukan kuasa untuk meneruskan kehidupan yang dipenuhi kasih apabila hanya terdapat beberapa ganjaran duniawi sahaja? Di manakah seseorang suami atau isteri memperoleh kekuatan emosi untuk terus memberi apabila pemberian itu tidak dibalas? Di manakah seseorang lelaki atau perempuan yang ingin berkahwin menemukan kekuatan untuk berpuas hati selama pembujangan 70 tahun? Di manakah Yesus memperoleh kekuatan untuk mengatasi salib dan menahan hal yang memalukan itu (Ibrani 12:2)?

Demi sukacita yang ditempatkan di hadapan kita ketika kebangkitan, kita menahan segala sesuatu demi Kristus. Yesus tidak berjanji bahawa ketaatan terhadap-Nya akan diberikan ganjaran oleh manusia dalam kehidupan ini. Sukacita kita mengalir daripada harapan yang tidak bergoncang dalam Roma 8:11, bukannya daripada keadaan kehidupan kita yang berubah-ubah. “Jika Roh Allah yang membangkitkan Kristus daripada kematian, hidup dalam diri kamu, Dia yang membangkitkan Kristus daripada kematian itu, juga akan menghidupkan badan kamu yang fana.”

Jika anda betul-betul mempercayai bahawa Allah menyertai anda dan tidak menentang anda, dan bahawa Dia akan memberikan hidup kepada tubuh fana anda melalui Roh-Nya yang diam dalam anda, dan bahawa apa jua kebaikan yang anda korbankan dalam kehidupan ini akan dibalas seratus kali ganda semasa kebangkitan orang baik (Markus 10:28-30), dan bahawa anda akan bersinar seperti matahari di kerajaan Bapa anda, maka, anda memiliki takungan kekuatan yang tidak habis-habis untuk terus melakukan perbuatan baik yang Allah panggil anda untuk laksanakan, sama ada orang lain menghargai anda atau tidak.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: