Roh Membantu Kita Mati

Berbahagialah kamu jika kamu dihina kerana kamu pengikut Kristus. Hal ini bererti bahawa Roh yang mulia, iaitu Roh Allah ada pada kamu. —1 Petrus 4:14

Corrie ten Boom menceritakan betapa risaunya semasa kecil, sama ada ia dapat berhadapan dengan orang Jerman jika diancam. Ia berasa sungguh lemah apabila ia membayangkan apa yang mungkin berlaku. Rasanya bapanya telah memberikannya satu gambaran yang baik. Ia berkata, “Apabila kamu menaiki keretapi, adakah saya memberikan kamu tiket kamu itu tiga minggu sebelum bertolak ataupun ketika kamu menaiki keretapi?” Corrie menjawab, “Ketika saya menaiki keretapi.” “Jadi, Allah akan memberikan kamu kekuatan yang khusus bila kamu perlu kuat semasa menghadapi kematian apabila kamu memerlukannya, bukan sebelumnya.”

Saya percaya 1 Petrus 4:14 menjanjikan bahawa ketika percubaan yang terbesar, Allah akan mendekati anak-anak-Nya untuk memberikan mereka keberanian dan iman yang mereka tidak sedar mereka miliki. Roh Kudus akan membantu anda mati.

Tradisi yang baik memberitahu kita bahawa Paulus dipenggal kepalanya oleh Nero. Surat terakhir Paulus berkemungkinan 2 Timotius. Perbicaraannya sudah bermula. Bayangkan askar tua, berparut kerana berperang demi Komandernya, ditahan di Roma. Ia dihadapkan ke mahkamah. Semua orang tahu bahawa ia sedang menghitung hari. Ia ialah orang yang nyawanya terancam. Jadi, tiada seorang pun kawannya berada di sisinya. Ia membela dirinya. Keputusannya adalah mendengarnya sekali lagi—dan berakhirlah perbicaraannya. Ia pulang ke tempat kediamannya dan menulis kata-kata ini kepada Timotius (2 Timotius 4:16-17), “Tidak seorang pun mendampingi aku ketika aku membela diriku kali pertama; semuanya meninggalkan aku. Semoga Allah tidak menyalahkan mereka dalam hal ini! Tetapi Tuhan menyertai aku. Dia memberi aku kekuatan.”

Saya berdoa agar anda akan mengingati kata-kata ini: Roh akan membantu anda mati. Dia akan berada di sisi anda apabila tiada orang berada di sisi anda. Dia akan memelihara iman anda. Dia akan memberikan anda kilasan kemuliaan. Dia akan membuat anda mengagungkan Kristus dalam kematian anda. Keberanian yang tidak disangka mungkin akan menjadi milik anda. Roh kemuliaan dan Roh Allah akan menguasai anda dan membawa anda pulang.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: