Perisai Allah

Askar Roma “menegangkan ikat pinggang” dengan sesuatu yang lebih menyerupai girdel daripada tali pinggang. (Saya yakin girdel yang bersifat kelelakian.) Kebanyakan cendekiawan bersetuju bahawa lebih daripada mana-mana pakaian atau pelengkapan askar yang lain, girdel ini—dengan dekor yang rumit dan kancing yang beradun—membezakan seseorang askar daripada orang awam. Girdel itu bukan aksesori yang tidak berapa penting yang tidak diwajibkan, seperti aksesori yang anda atau saya mungkin tambahkan kepada pakaian kita. Girdel itu merupakan tumpuan strategik pakaiannya. Bayangkan tali bawat dengan bahagian lumbar yang luas yang dipakai oleh pekerja UPS® dan FedEx® di bahagian pinggang mereka semasa mengangkat pakej yang berat.

Girdel kulit askar Roma yang teguh ini dibuat untuk mengelilingi torso dan memberi sokongan yang penting semasa askar itu bergerak cepat dan tangkas semasa peperangan. Kebenaran adalah sokongan anda. Kebenaran memberikan sokongan yang penting yang anda perlukan semasa anda menempuh peperangan rohani.

Ingatlah bahawa muslihat terperinci musuh ialah penipuan. Ia mewarnai realiti dengan warna yang menggoda dan menarik, menggoda kita untuk menjauhi prinsip hitam dan putih. Ia menyebarluaskan fantasi, menyebabkan perkara keduniaan dan yang tidak penting untuk kelihatan amat bernilai dan menarik.

Pembungkusannya adalah amat bijak sehinggakan melainkan kita mengetahui perkara yang benar—maksud saya betul-betul mengetahuinya, sungguh-sungguh mengetahuinya—kita akan menjadi mangsa kepada helahnya.

Kebenaran—yang pada asasnya dapat didefinisikan sebagai pendapat Allah tentang mana-mana hal—adalah standard kita. Kebenaran ialah siapa Allah itu dan apa yang dikatakan-Nya, yang diringkaskan dengan baik sekali bagi kita dalam Yesus Kristus. Kebenaran Allah. Kebenaran alkitabiah. Tanpa mengaku taat setia yang konkrit kepada kebenaran ini dan pengesahan akan kebenaran ini—kebenaran sebenar—anda akan menjadi lemah dan mudah terpengaruh dengan perkara yang kelihatan betul dan kedengaran betul tetapi sebenarnya tidak betul. Namun, dengan standard kebenaran ini, anda boleh menyesuaikan segala sesuatu yang lain dalam kehidupan anda—cita-cita, pakaian, dan perasaan anda; fikiran, kehendak, dan emosi anda—sehingga semuanya menjadi sejajar. Apabila anda mempunyai teras yang kuat, stabil, dan disokong dengan baik, anda tidak mudah sesat kerana dusta bijak musuh. Kenakanlah kebenaran, dan anda berjaga terhadap perkataan “pergi.”

Ujian sebenar datang apabila ideal dan falsafah budaya kita bergerak dalam haluan yang bertentangan, namun, kita memilih untuk berdiri kukuh dan tetap atas standard Allah yang tidak berubah-ubah. Sudah tiba masanya kita menjadi wanita yang mengenakan kebenaran.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: