Mulai

Setiap hari, kita membuat pilihan yang membentuk kisah hidup kita. Apakah rupa kehidupan anda jika anda membenarkan prinsip yang salih untuk memimpin pilihan tersebut?

Jika seseorang meminta anda untuk menceritakan kisah hidup anda, apakah yang akan anda katakan?

Anda mungkin bermula dengan tempat kelahiran anda dan cara anda dibesarkan. Anda mungkin menyebut tentang cinta pertama anda. Anda mungkin bercakap tentang perpindahan besar keluarga anda ataupun tentang waktu anda memasuki kolej. Jika anda sudah berkahwin, anda mungkin menggambarkan bagaimana anda berkenalan dengan pasangan anda. Jika anda belum berkahwin, anda mungkin menceritakan sebabnya. Jika anda mempunyai anak, anda mungkin menatal gambar pada telefon anda untuk menunjukkan gambar keluarga anda. Ataupun, anda mungkin menggambarkan laluan kerjaya anda. Apakah kisah anda?

Kebanyakan daripada kita mempunyai bab yang tidak ingin dikongsikan dengan orang lain. Anda mungkin tersekat dalam keadaan yang tidak diingini. Anda berusaha tetapi menemui kegagalan. Anda telah membuat keputusan yang menjauhkan anda dari destinasi yang diharapkan. Anda telah melakukan sesetengah perkara yang memberikan kesan buruk yang melebihi jangkaan anda. Anda telah melukai orang lain. Anda telah berkompromi tentang nilai anda. Anda telah memungkiri janji. Anda telah melakukan perkara yang anda rasa tidak dapat dibatalkan.

Kisah anda belum berakhir. Tidaklah terlalu lewat untuk mengubah kisah yang akan anda ceritakan suatu hari nanti.

Ada berita baik: kisah anda belum berakhir. Tidaklah terlalu lewat untuk mengubah kisah yang akan anda ceritakan suatu hari nanti. Tanpa menghiraukan apa yang telah anda lakukan (atau belum lakukan), masa depan anda tidak bertulis. Anda mempunyai lebih banyak kemenangan yang perlu dimenangi, lebih banyak kawan untuk dikenali, lebih banyak perbezaan untuk dibuat, lebih banyak kebaikan Allah untuk dialami. Sama ada anda menyukai jalan cerita setakat ini, dengan bantuan Allah, anda boleh mengubah kisah anda menjadi kisah yang anda rasa bangga untuk kongsikan.

Ini adalah satu cara untuk mengubah kisah anda: mulai sesuatu yang baru.

Macam mana tidak pasti, takut, atau tersekat pun anda rasa sekarang, kisah anda berterusan hari ini. Apakah yang akan anda mulaihari ini? Berdoa setiap hari untuk pasangan anda? Membaca Pelan Alkitab YouVersion setiap hari? Menerima kaunseling untuk menangani isu yang tidak diselesaikan? Hidup dengan lebih murah hati? Melayani di gereja atau komuniti anda? Sekarang adalah masa yang baik untuk menuliskannya. Bukalah buku nota anda dan mencatatkan fikiran anda. Jangan terlalu memikirkan ini. Walau bagaimanapun, luangkan masa untuk mencatatkannya. Cuma satu atau dua ayat.

Tanyalah diri: Apakah yang saya perlu mulai untuk bergerak dalam haluan kisah hidup yang saya ingin ceritakan kepada orang lain?



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: