Perlengkapan Senjata Rohani

Paulus tidak berdoa agar orang percaya Efesus akan menerima warisan kekayaan rohani, berkat, kuasa, dan kewibawaan yang melimpah-ruah, tetapi agar mereka akan menyedari bahawa mereka sudah memiliki semua itu. Sebagai orang Kristian, mereka sudah memiliki semua itu, seperti kita. Walau bagaimanapun, melainkan mereka menyedarinya, apakah yang dapat dicapai?

Pada hakikatnya, perlengkapan senjata rohani yang digambarkannya dalam Efesus 6 cumalah ulangan—cara lain untuk menggambarkan—apa yang dijelaskan Paulus dalam bahagian pertama surat itu. Bagaimanakah mereka boleh “memakai” atau “mengambil” sesuatu yang mereka tidak sedar dimiliki mereka? Langkah pertama bagi mereka—langkah pertama untuk kita—untuk menggunakan sumber rohani yang telah diberikan kepada kita adalah membuka mata rohani kita supaya kita dapat melihat sumber tersebut.

Kisah Elisa dan hambanya yang cacat penglihatan dalam 2 Raja-raja 6 adalah salah satu daripada cerita kegemaran saya dalam Alkitab. Latar kisah itu adalah pertempuran yang bakal meletus antara raja Aram yang marah dan bangsa Israel.

Hamba Elisa dapat tengok betul-betul. Pada mulanya, ia hanya dapat melihat musuh, yang membuatnya rasa takut dan bimbang.

Walau bagaimanapun, ia segera melihat realiti rohani yang mengubah keadaan: lebih banyak sumber yang boleh digunakannya pada bila-bila masa dan bekerja bagi pihaknya daripada apa yang dapat dibayangkannya. Perkara yang dilihat oleh mata fizikalnya tidak dapat menandingi apa yang tidak dapat dilihat oleh mata fizikalnya. Doa Elisa membantu menyedarkannya akan semua sumber dan kekuatan yang berlawan bagi pihaknya.

Demi menjadi yakin dan menang, anda perlu berupaya “melihat”.

Dalam Efesus 1, Paulus menegaskan beberapa kurnia yang diberikan oleh Allah kepada kita. Terdapat lebih banyak lagi, dan setiap satunya berhubung secara khusus dengan perlengkapan dan senjata rohani anda. Kunci pertama untuk memahami bagaimana semua itu memadani keupayaan anda untuk memerangkap musuh adalah penglihatan. Anda tidak dapat menggunakannya jika anda tidak dapat mengecamnya sepenuhnya, jika anda tidak sedar akan ketersediaan dan kepentingannya untuk memenangi pertempuran menentang musuh.

Kemenangan bermula di sini. Kemenangan bermula hari ini. Kemenangan bermula dengan doa untuk penglihatan.

Jadi, sertailah Paulus untuk meminta Tuhan untuk membuka mata anda dengan sepenuhnya supaya anda bukan sahaja dapat mengesan aktiviti musuh, malah menyedari sepenuhnya akan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada anda untuk melucutkan senjata musuh dan menewaskannya dalam kehidupan anda.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: