Perisai Allah – kesedian

Perkara yang paling menyusahkan dalam kehidupan anda—perkara yang dirasa dengan lima deria fizikal anda—bukanlah isu sebenar anda. Segala sesuatu yang berlaku di dunia fizikal yang nyata berhubung secara langsung dengan perlawanan gusti yang berlaku di dunia rohani yang tidak kelihatan. Musuh sebenar anda—iblis—mahu anda untuk tidak mempedulikan realiti rohani di sebalik realiti fizikal. Ini disebabkan asalkan anda menumpukan perhatian pada apa yang dapat dilihat dengan mata fizikal anda, dia boleh terus berleluasa di bawah permukaannya. Semakin anda tidak mengendahkannya, semakin bebasnya dia untuk membuat kemusnahan yang lebih besar. Musuh mungkinlah tidak dapat dilihat, tetapi dia bukan cereka. Dia sangat benar, dan amat mendesak, sentiasa berperang menentang kita.

Menjadi orang percaya tidak memberikan anda kekebalan daripada serangan musuh, tetapi ia memberikan anda akses kepada kuasa Bapa—kuasa-Nya untuk mempertahankan anda di samping membatalkan apa yang telah dilakukan terhadap anda. Jika anda ingin memenangi pertempuran ini—jika anda ingin menyertai saya untuk membalikkan keadaan, memerangkap musuh, dan melumpuhkan impaknya dalam kehidupan anda—kuncinya adalah menyedari bahawa anda berhubungan dengan kuasa rohani yang lebih besar daripada kuasa yang menyerang anda itu.

Paulus bukan sahaja menulis kitab Efesus untuk menarik perhatian kepada peperangan rohani yang wujud dalam alam yang tidak kelihatan, tetapi sebahagian besarnya bertujuan mendedahkan kekuatan yang wujud dalam setiap orang yang berhubungan dengan Allah melalui Kristus. Dalam Efesus, Paulus menegaskan salah satu aspek yang paling penting namun terlepas perhatian tentang perlengkapan senjata rohani kita: doa.

Paulus menganggap doa begitu penting dalam memperoleh kemenangan menentang kuasa Iblis dalam kehidupan kita sehinggakan, seperti yang diperhatikan oleh seorang cendekiawan, “Efesus mengagihkan lebih daripada 55% lebih banyak ayat untuk hal yang berkait langsung dengan doa” berbanding Roma, surat Paulus yang paling panjang.1 Dia juga tiba-tiba mula berdoa beberapa kali semasa menulis. Semasa dia berdoa … wau, dia bersifat strategik, memastikan bahawa dia memberitahu pembacanya tentang apa yang didoakannya secara tepat. Dia sedar bahawa doa berupaya mengubah trajektori seluruh hidup mereka. Kemenangan dalam peperangan rohani tidak dapat dipisahkan daripada doa.

Baca Efesus 1:18-21 dan 3:14-19. Antara semua perkara yang didoakan oleh Paulus, yang manakah paling diperlukan anda dalam doa anda kepada Allah hari ini?



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: