Kaitan antara Kemurahan Hati dan Komuniti

Apabila kita adalah murah hati dengan satu sama lain, kita menjadi lebih rapat dengan satu sama lain, dan itu membina komuniti.

Seorang ahli gereja saya telah menghantar sepucuk surat kepada saya dan menceritakan: “jiran saya menanya jika dia boleh meminjam tangga saya, dan saya mengatakan ya. Selepas itu saya mendapati bahawa dia sebenarnya memiliki tangga. Dia tidak perlu meminjam tangga saya, dia cuma menggunakan alasan itu untuk membina hubungan kami. Apabila dia meminjam barang saya, ia membuat saya rasa bahawa saya diperlukan, dan saya suka perasaan itu. Kini, saya belajar melakukan perkara yang sama dengan jiran saya yang lain. Seorang jiran saya memiliki vakum, dan saya meminjamnya pada setiap malam Jumaat untuk membersihkan kereta saya bersama dengan anak lelaki saya. Sebenarnya, sekarang Roger menyediakannya untuk saya. Baru-baru ini saya memaklumkan Roger bahawa saya mampu membeli vakum sendiri, tetapi saya suka interaksi meminjam vakumnya. Roger meminta saya untuk tidak membelinya. Dia mula melihat kaitan antara kemurahan hati dan komuniti.”

Alkitab menyatakan dalam Matius 6:21, “Karena di mana hartamu berada, di situ juga hatimu berada” (TB). Dengan kata lain, apa jua yang menjadi tumpuan masa, wang, dan tenaga anda akan menarik hati anda. Maka, bila-bila sahaja saya bermurah hati terhadap anda atau terhadap orang yang miskin atau sesiapa sahaja, ke sanalah hati saya cenderung pergi. Setiap kali saya memberi kepada Allah, ia menarik hati saya lebih dekat kepada Allah. Setiap kali saya memberi kepada anda, ia menarik hati saya untuk lebih mendekati anda.

Orang Kristian awal adalah terkenal kerana kemurahan hati mereka. Kisah Rasul-rasul 4:32 memberitahu kita bahawa “Semua pengikut Kristus hidup sehati dan sefikiran … Tidak seorang pun menganggap apa yang dimilikinya kepunyaannya sendiri. Mereka saling berkongsi milik.” Mereka adalah sekeluarga. Perkongsian mereka adalah sukarela. Ia bukanlah komunisme. Komunisme berkata, “Apa yang dimiliki kamu adalah milik saya, dan saya akan mengambilnya.” Kekristianan berkata, “Apa yang dimiliki saya adalah milik kamu, dan anda boleh berkongsi bersama dengan saya.”

Sebagai ibu bapa, adakah anda seronok memerhatikan anak anda berkongsi dengan satu sama lain? Sudah tentu. Salah satu pengajaran kehidupan yang utama adalah belajar berkongsi. Apabila anda melihat anak anda bersikap tidak mementingkan diri, anda adalah amat gembira tentangnya.

Allah juga demikian! Apabila Allah melihat kita dan mendapati kita bersikap murah hati dengan satu sama lain, Dia berkata, “Itulah anak lelaki saya! Itulah anak perempuan saya! Mereka melakukan apa yang saya mahu mereka lakukan,” kerana Allah adalah murah hati, dan Dia mahu kita menjadi seperti-Nya. Kemurahan hati membina komuniti.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: