Apakah yang kita perlu lakukan? (Easter)

Perjanjian Baru menjelaskan bahawa kita melakukan sesuatu untuk menerima kurnia yang ditawarkan oleh Allah. Ini merupakan satu tindakan beriman. Yohanes menulis bahawa ‘Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal’ (Yohanes 3:16).

Mempercayai melibatkan tindakan beriman, berdasarkan segala sesuatu yang kita ketahui tentang Yesus. Ia bukan keyakinan melulu. Ia melibatkan penempatan kepercayaan kita dalam Seseorang. Dalam sesetengah cara, ia bagaikan langkah beriman yang diambil oleh pengantin perempuan atau pengantin lelaki apabila mereka berkata, ‘Ya’ pada hari perkahwinan.

Cara kita mengambil langkah beriman ini banyak berbeza, tetapi saya ingin menggambarkan satu cara di mana anda boleh mengambil langkah beriman ini sekarang. Ia boleh diringkaskan dengan tiga perkataan mudah:

‘Maaf’

Anda perlu meminta Allah untuk mengampunkan anda kerana semua perbuatan anda yang salah dan berpaling daripada segala sesuatu yang anda sedar adalah salah dalam kehidupan anda. Inilah yang dimaksudkan Alkitab dengan ‘pertaubatan.’

‘Terima kasih’

Kita percaya bahawa Yesus telah mati bagi kita pada salib. Anda perlu mengucapkan terima kasih kepada-Nya kerana mati bagi anda dan untuk tawaran kurnia pengampunan, kebebasan dan Roh-Nya yang percuma.

‘Datanglah’

Allah tidak pernah merempuh masuk ke kehidupan kita. Anda perlu menerima kurnia-Nya dan menjemput Dia untuk datang dan hidup dalam anda oleh Roh-Nya.

Jika anda inginkan hubungan dengan Allah dan anda sudah bersedia untuk mengucapkan tiga perkara di atas, berikut adalah satu doa yang sangat ringkas yang boleh anda ucapkan dan yang akan memulakan hubungan itu:

Tuhan Yesus Kristus,

Saya meminta maaf terhadap perkara salah yang telah dilakukan saya dalam kehidupan ini (luangkan sedikit masa untuk meminta pengampunan-Nya terhadap perkara tertentu yang mengganggu hati nurani anda). Ampunkan saya. Sekarang saya berpaling daripada segala sesuatu yang saya sedar adalah salah.

Terima kasih kerana Engkau telah mati pada salib bagi saya supaya saya boleh diampunkan dan dibebaskan.

Terima kasih kerana Engkau telah memberikan saya pengampunan dan kurnia Roh-Mu. Sekarang saya menerima kurnia itu.

Datanglah ke dalam kehidupan saya dengan Roh Kudus yang akan menyertai saya selama-lamanya.

Terima kasih, Tuhan Yesus. Amin.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: