Ini adalah Cara Menjadi Orang yang Boleh Dipercayai

Kepercayaan adalah gam emosi yang mendekatkan anda dengan kawan anda, keluarga anda, dan kumpulan kecil anda. Tanpa kepercayaan, anda tidak mungkin memiliki hubungan intim yang Allah mahu anda miliki. Kerja berpasukan tanpa kepercayaan adalah mustahil.

Amsal 20:6 menyatakan, “Banyak orang mengaku diri mereka taat setia, tetapi yang betul-betul setia, sukar ditemukan.” Itu telah dituliskan ribuan tahun lalu, namun, kita menghadapi dilema yang sama pada hari ini: Siapakah yang anda percayai? Bagaimanakah anda menemui seseorang yang boleh dipercayai? Lebih penting lagi, bagaimanakah anda menjadi seseorang yang boleh dipercayai supaya orang lain boleh mempercayai anda?

1. Anda memperoleh kepercayaan orang lain dengan menjadi konsisten. Alkitab menyatakan dalam Lukas 16:10, “Sesiapa yang setia dalam perkara kecil, akan setia juga dalam perkara besar.” Pada zaman ini, semua orang ingin melayani Allah dalam cara yang ketara dan menonjol. Walau bagaimanapun, Allah berkata bahawa anda membina kepercayaan dengan bersikap setia dalam perkara yang kecil. Meskipun, tiada orang yang sedang memerhatikan anda, Allah memerhatikan anda. Dia melihat apa yang anda lakukan. Dan Dia berkata bahawa jika anda adalah setia dalam perkara kecil, Dia akan memberikan anda tanggungjawab yang semakin besar.

2. Anda memperoleh kepercayaan orang lain dengan bersikap boleh berahsia. Orang lain mempercayai anda apabila anda boleh menyimpan rahsia. Salah satu peraturan kumpulan kecil kami di Saddleback Church adalah apa yang dibincangkan dalam kumpulan tinggal dalam kumpulan itu. Kumpulan anda mempercayai anda untuk merahsiakan apa sahaja yang dikongsikan. Amsal 11:13 menyatakan, “Orang yang mengumpat tidak dapat menyimpan rahsia, tetapi orang yang dapat dipercayai boleh merahsiakan perkara.”

3. Anda memperoleh kepercayaan orang lain dengan menjadi rapat. Anda perlu menghabiskan masa dengan orang lain untuk memperoleh kepercayaan mereka. Alkitab menyatakan, “Seorang sahabat menaruh kasih setiap waktu, dan menjadi seorang saudara dalam kesukaran” (Amsal 17:17 TB). Ia menandakan kehampiran. Jarak menimbulkan ketidakpercayaan. Anda tidak mempercayai orang yang tidak dikenali! Jadi, jika anda mahu orang lain untuk mempercayai anda, anda perlu menghabiskan masa bersama dengan mereka. Masa membina kepercayaan.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: