Mengesahkan Orang Lain dengan Menerima Mereka

Ini adalah satu rahsia: Setiap orang mencari pengesahan. Sedarkah anda tentang itu? Kita akan melakukan hampir apa-apa sahaja untuk memperolehnya. Jika anda tidak mempercayainya, lihatlah rancangan realiti. Lihatlah apa yang mereka lakukan untuk muncul di televisyen, hanya untuk menerima pujian orang lain.

Allah merupakan seorang Bapa yang amat mengesahkan dan penyayang. Apabila anda mengesahkan orang lain, anda menunjukkan kasih dan mewakili Kristus. Yesus mengesahkan orang semasa Dia melayani mereka, jadi anda melayani seperti yang dilakukan Yesus. Anda menunjukkan sedikit lagi tentang rupa Allah kepada dunia ini.

Salah satu cara terbaik untuk mengesahkan seseorang dalam kehidupan sehari-hari adalah dengan menunjukkan penerimaan terhadap mereka. Roma 15:7 menyatakan, “Sebagaimana Kristus sudah menyambut kamu, sambutlah satu sama lain untuk memuliakan Allah”.

Ada kalanya, pilihan yang mudah adalah untuk menghina dan merendah-rendahkan serta merendahkan maruah orang lain, terutamanya apabila mereka tidak mencapai standard kita. Kita semua cenderung memprojeksi kelebihan kita kepada orang lain, dan mematahkan mereka apabila mereka tidak mencapai jangkaan kita. Contohnya, anda mungkin seseorang yang sentiasa menepati masa, dan apabila orang lain adalah lambat, anda cenderung memandang rendah mereka. Pada masa yang sama, ia membuat anda rasa seronok tentang diri anda kerana anda adalah lebih baik dalam menepati masa. Ataupun, mungkin anda adalah seseorang yang sangat teratur, yang asyik melihat keselerakan rumah orang lain, dan ia membuat anda rasa lebih baik tentang diri anda. Kita cenderung memprojeksikan kelebihan kita kepada orang lain, melupakan bahawa kita mempunyai kelemahan dalam lingkungan yang lain.

Saya akan memberitahu anda satu cara yang lebih baik untuk rasa baik tentang diri anda. Daripada mematahkan orang lain, cuba mengangkat mereka. Ia akan mengujakan anda.

Alkitab berkata dalam Roma 12:10, “Kamu harus saling mengasihi dengan mesra sebagai saudara dalam keluarga Kristus. Hendaklah kamu saling mendahului untuk memberikan hormat.”

Demi melaksanakan kerja Allah, anda dan saya perlu menghargai perbezaan antara kita yang diberikan Allah dan cara kita dibentuk secara unik. Inilah caranya anda sedar bahawa anda telah menerima seseorang: Anda berhenti menegaskan agar mereka menjadi seperti anda. Anda sedar dan bersukacita akan kenyataan bahawa mereka adalah berbeza. Perkara yang sebenarnya adalah dunia ini akan menjadi tempat yang membosankan jika setiap orang adalah seperti anda. Maka, Allah telah mencipta kita semua secara berbeza untuk melakukan perkara yang berbeza supaya segala sesuatu boleh diselesaikan di dunia ini.

Matlamat keluarga, kumpulan kecil, keluarga gereja, atau mana-mana kumpulan komuniti bukanlah untuk membentuk orang lain untuk menjadi seperti anda tetapi untuk menerima dan mengesahkan mereka dan saling membantu untuk menyedari siapa yang telah Allah ciptakan anda untuk menjadi.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: