Perubahan Memerlukan Komuniti yang Jujur

Demi mengubah kecacatan dalam hidup anda, anda memerlukan orang dalam hidup anda yang menyatakan kebenaran kepada anda. Anda tidak akan sembuh sendiri; anda memerlukan orang lain dalam hidup anda. Anda memerlukan sokongan. Anda memerlukan kumpulan kecil. Perubahan memerlukan komuniti yang jujur.

Terdapat sesetengah perkara dalam hidup anda yang tidak mungkin dapat diubah sendiri, biasanya perkara yang paling sukar dalam hidup anda dan perkara yang anda tidak mahu diketahui orang lain.

Anda tidak mungkin mengatasi perkara tersebut sehingga anda berkongsi tentangnya dengan seseorang. Anda tidak perlu memberitahu semua orang. Anda hanya perlu mencari seorang yang mempercayai anda dan dipercayai anda — seorang yang akan berahsia, yang mengasihi anda tanpa syarat, tidak menilai, dan berdoa untuk anda. Mendedahkan perasaan anda adalah permulaan penyembuhan.

Ini tidak bermaksud kumpulan kecil di mana anda berhimpun secara dangkal dan setiap orang adalah “sihat” atau “baik-baik saja.” Anda perlu mencapai suatu tahap kematangan dalam kumpulan kecil anda, di mana anda boleh berkata, “Saya melalui minggu yang sukar. Hidup ini jelik. Inilah yang telah berlaku.”

“Oleh itu, kamu tidak boleh berdusta lagi! Kamu harus mengatakan yang benar kepada saudara-saudara seiman, kerana kita semua anggota tubuh Kristus” (Efesus 4:25).

Jika anda orang yang percaya, anda jugalah anggota tubuh. Anda tergolong dalam keluarga Allah, dan setiap orang percaya yang lain tergolong bersama anda. Anda tidak menjadi sehingga anda tergolong. Anda tidak boleh menjadi apa yang Allah mahu anda jadi sehingga anda tergolong dalam kumpulan yang terdiri daripada komuniti yang betul-betul jujur. Simpan kepalsuan. Bercakap kepada jiran anda. Bercakap benar kepada kawan anda, kerana kita tergolong bersama-sama.

Jika anda adalah serius tentang mengubah kerisauan terdalam hati anda, kecacatan terdalam hidup anda, anda perlu menghadapi ketakutan untuk bersifat jujur. Anda perlu berhenti berpura-pura. Anda perlu menyimpan kepalsuan. Anda perlu bersifat benar.

Anda boleh melalui kehidupan dengan salah satu daripada dua pilihan: berpura-pura seperti anda tidak bermasalah. Anda tidak mungkin sembuh, carilah penyembuhan, hapuskan lingkungan hidup yang mengacau anda sehingga anda bercakap dengan seseorang tentangnya.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: