Kasih Menghapuskan Ketakutan dalam Hubungan Anda

“Saya benci kamu!”

Apabila seseorang mengucapkan itu dalam hubungan, ia adalah tanda bahawa seseorang cuba mengawal seseorang yang lain. Apakah yang berada di sebalik kawalan itu? Ia adalah ketakutan. Perasaan tidak yakin pada diri sendiri menyebabkan kita untuk cuba mengawal orang lain atau menahan kawalan orang lain. Apabila anda rasa tidak yakin pada diri sendiri, perkara yang difikirkan anda sepanjang masa adalah fikiran orang lain tentang anda, ia memusnahkan hubungan anda dan melumpuhkan hidup anda.

Ia merupakan dilema yang sungguh menghairankan yang dihadapi manusia: Kita inginkan kerapatan, tetapi kita juga takut akan kerapatan. Kita inginkan keintiman dengan orang lain, tetapi kita juga betul-betul takut akan keintiman.

Perasaan tidak yakin pada diri sendiri menghalang keintiman dan memusnahkan hubungan anda. Anda tidak dapat menjadi rapat dengan orang lain jika wujudnya ketakutan dalam hubungan itu. Jika perasaan tidak yakin pada diri sendiri memusnahkan hubungan, apakah yang membina hubungan? Kasih! Kasih membina hubungan.

Alkitab dalam 1 Yohanes 4:18 menyatakan, “Orang yang menikmati kasih Allah tidak mengenal perasaan takut, kerana kasih yang sempurna melenyapkan segala perasaan takut. Oleh itu, orang yang belum menikmati kasih Allah dengan sempurna, akan takut menghadapi hukuman pada Hari Kiamat.” Bagaimanakah ia berfungsi? Bagaimanakah kasih melenyapkan segala perasaan takut?

Kasih mengalihkan fokus pada diri anda dan meletakkannya pada orang lain. Orang lain telah banyak menanya saya, “Adakah kamu rasa gelisah semasa berceramah di hadapan orang ramai di Saddleback?” Jawapannya ialah, “Tentu sekali!” Namun, tahukah anda apa yang membuat perbezaan? Saya mengalihkan fokus pada diri saya dan memfokus pada orang di hadapan saya. Jika saya berdiri di sana dan berfikir tentang apa yang mereka fikir tentang gaya rambut saya, saya akan rasa takut, bukan? Walau bagaimanapun, sebaik sahaja saya mula fikir tentang betapanya saya mengasihi keluarga gereja saya dan bagaimana kami melayani Allah bersama-sama, tiba-tiba segala perasaan takut itu lenyap.

Ia adalah sama dalam mana-mana hubungan. Memfokus pada orang lain memberikan anda kuasa untuk menghapuskan ketakutan dalam hidup anda.

Jadi, bagaimanakah anda menemukan kuasa untuk memfokus pada orang lain? Anda sedar betapa Allah mengasihi anda. Sebaik sahaja anda mula memahami betapa Allah mengasihi anda, anda tidak perlu membuktikan diri lagi. Anda tidak perlu menghabiskan hidup anda untuk menarik hati orang lain, kerana anda sudah sedar bahawa Allah mengasihi anda.

Adakah anda sedar betapa membebaskan dan menyeronokkannya untuk hidup demikian? Identiti dan nilai diri anda tidak bergantung pada fikiran orang lain tentang anda. Apabila anda rasa yakin tentang hubungan anda dengan Kristus, anda tidak lagi didesak oleh jangkaan orang lain. Kasih Allah membebaskan anda untuk mengasihi orang lain tanpa mengenal takut.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: