Meningkatkan Jangkaan Anda Tentang Allah

Allah bekerja dalam hati orang apabila kita menjangka Dia untuk melakukannya.

Sebelum setiap kebaktian di Saddleback Church, saya berdoa, “Allah, buang masa saja keluar bercakap kepada orang tanpa menjangkakan Engkau untuk melakukan sesuatu. Jadi, saya akan mengucapkan terima kasih terdahulu untuk hidup yang diubah. Saya menjangka ia akan berlaku secara beriman. Bukan kerana siapa saya, tetapi kerana siapa Engkau.” Itulah iman yang digunakan Allah untuk mengubah kehidupan.

Hanya segelintir orang yang datang kepada Yesus Kristus apabila mendengar Berita Baik buat pertama kalinya. Mereka perlu berfikir tentangnya dan mengambil masa untuk membuat keputusan yang betul.

Jangan berputus asa tentang sesiapa. Tiada orang yang tidak ada harapan! Anda perlu mempercayai Allah. Ibrani 11:1 mengatakan, “Beriman bererti yakin sungguh-sungguh akan perkara-perkara yang diharapkan, dan mempunyai kepastian akan perkara-perkara yang tidak dapat kita lihat”.

Sesetengah antara anda berdoa untuk masa yang lama untuk teman lelaki anda atau anak anda atau kawan yang rapat untuk menjadi orang yang percaya. Anda telah berdoa untuk beberapa tahun, tetapi anda tidak melihat apa-apa bukti bahawa mereka menjadi lebih dekat dalam perjalanan mereka kepada Allah berbanding lima tahun yang lalu ataupun dua tahun yang lalu ataupun tahun lepas.

Apakah yang perlu anda lakukan? Anda perlu mula berdoa secara beriman, menjangkakan Allah untuk bertindak. Iman adalah mempunyai kepastian akan perkara yang tidak dapat kita lihat. Anda perlu berkata kepada Allah, “Saya tidak melihat mereka mengenali Engkau, tetapi saya akan berdoa dan menjangka bahawa Engkau sedang bekerja dalam hidup mereka, meskipun saya tidak melihatnya.”

Ingat cerita dalam Alkitab tentang empat orang lelaki yang mempunyai seorang kawan yang lumpuh? Mereka mempercayai bahawa Yesus boleh menyembuhkan kawan mereka, jadi, mereka mengangkatnya atas tikar dan membawanya kepada Yesus. Apabila Yesus melihat iman mereka, Dia berkata, “Hai kawan, dosamu sudah diampunkan” (Lukas 5:20b), dan Dia menyembuhkan lelaki itu.

Yesus menyembuhkan orang lumpuh itu berasaskan iman kawannya, bukan iman pesakit itu. Ada kalanya, anda perlu percaya secara beriman untuk orang lain dan menjangka Allah untuk bertindak. Letakkan sedikit iman dalam Allah yang besar, dan anda akan memperoleh hasil yang besar.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: