Mengisahkan Cerita Besar Anda Tentang Allah Kepada Orang Lain

Cara yang paling berkesan untuk memberitahu orang lain tentang perkara besar yang boleh dilakukan Allah dalam hidup mereka adalah mengisahkan cerita tentang apa yang telah Allah lakukan dalam hidup anda. Itulah yang membuat perbezaan.

Yesus berkata dalam Kisah Rasul-rasul 1:8, “Kamu akan menjadi saksi-saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yudea, dan Samaria, serta sampai ke hujung bumi”.Apabila saya mendengar perkataan “saksi,” saya berfikir tentang bilik pembicaraan. Ia merupakan gambaran yang sangat baik tentang apa yang Allah hendak kita lakukan untuk membuat perbezaan di dunia ini. Dia tidak memberitahu kita untuk menjadi peguam, yang membuat penghujahan. Dia tidak memberitahu kita untuk menjadi hakim, yang menghakimi orang lain. Dia mahu kita untuk menjadi saksi-Nya.

Apakah yang dilakukan oleh saksi? Seseorang saksi hanya mengatakan, “Inilah apa yang saya lihat. Inilah apa yang saya dengar.” Seseorang saksi hanya memberitahu orang lain cerita tentang apa yang telah Allah lakukan dalam hidupnya.

Kawan tidak menyimpan berita baik daripada kawan yang lain. Anda memberitahu mereka berita baik berkenaan apa yang telah Allah lakukan dalam hidup anda supaya ia dapat membuat perbezaan yang kekal dalam hidup mereka.

Adakah anda rasa tidak pasti tentang cara untuk mula berbuat demikian? Ini adalah satu langkah tindakan yang mudah: Tuliskan cerita anda, dan kongsikannya dalam kumpulan kecil anda. Mula berkongsi dengan orang yang rapat dengan anda supaya anda boleh berlatih. Sesudah itu, Allah akan memberikan anda peluang untuk berkongsi cerita anda dengan seseorang yang perlu mendengar Berita Baik itu.

“Marilah dan dengarlah… dan aku akan menceritakan apa yang telah dilakukan-Nya untuk aku” (Mazmur 66:16).

Siapakah dalam hidup anda yang perlu mendengar apa yang telah dilakukan Allah untuk anda?



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: