Musuh Hati – Membuat Pengakuan

Andy Stanley: Musuh Hati

“Membuat Pengakuan”

Bacaan Alkitab: 1 Yohanes 1:5-10

Musuh hati yang pertama ialah rasa bersalah. Rasa bersalah adalah akibat melakukan sesuatu yang dianggap salah. Mesej daripada hati yang sarat dengan rasa bersalah adalah, “Saya terhutang!”

Pertimbangkan lelaki yang melarikan diri dengan wanita lain dan mengabaikan keluarganya. Tanpa menyedarinya pada waktu itu, dia telah mencuri sesuatu daripada setiap ahli keluarganya. Dia telah merampas masa depan isterinya, jaminan kewangannya, dan reputasinya sebagai seorang isteri. Daripada perspektif anaknya, lelaki ini telah mencuri hari Natal, tradisi, jaminan emosi dan kewangan mereka, makan malam bersama keluarga, dan sebagainya.

Sekarang, lelaki yang telah melakukan ini tidak fikir dari segi apa yang telah diambilnya. Pada mulanya, dia fikir dari segi apa yang telah diperolehnya. Namun, apabila anak perempuan kecilnya menanya dia buat pertama kalinya mengapa dia tidak mencintai Ibu lagi, ia mengusik hatinya. Kini, dia rasa bersalah. Ayah terhutang.

Tidak kurang daripada membayar hutang itu akan melegakan hati yang sarat dengan rasa bersalah. Kita cuba bekerja, melayan, memberi, dan berdoa untuk membayarnya. Meskipun begitu, walau bagaimana banyak perbuatan baik, perkhidmatan komuniti, pemberian amal, atau kehadiran gereja sekali pun tidak dapat menghilangkan rasa bersalah. Ia adalah suatu hutang. Ia mesti dibayar atau dibatalkan supaya hati yang rasa bersalah boleh mengalami kelegaan.

Bagaimanakah rasa bersalah anda dapat dibatalkan? Jawapannya dijumpai dalam ayat Alkitab pertama yang dihafal saya semasa kecil: 1 Yohanes 1:9. “Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada YAHWEH, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah” (BM).

Pengakuan berkuasa memutuskan kitaran dosa. Seperti kebanyakan ubat, ia berhasil apabila digunakan dengan betul. Penggunaan yang betul berlaku apabila kita mengakui dosa kita, bukan sahaja kepada YAHWEH, malah kepada orang yang telah disakiti.

Orang yang bersalah biasanya adalah pesalah berulang. Selagi anda merahsiakan sesuatu, selagi anda cuba melegakan hati nurani anda dengan memberitahu YAHWEH betapa rasa bersalahnya anda, anda menetapkan diri sebagai pesalah berulang. Walau bagaimanapun, jika anda mula mengakui dosa anda kepada orang yang disakiti, besar kemungkinan anda tidak akan mengulang dosa tersebut lagi.

Buat pengakuan kepada YAHWEH dan orang lain, dan anda akan membunuh musuh hati anda ini.

Apakah yang menyebabkan anda rasa bersalah? Akui dosa anda kepada YAHWEH dan kepada orang yang disakiti anda. Lakukannya hari ini.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: