Menentu arah dalam Kehidupan Anda?

Firman-Mu itu pelita yang memimpin aku, dan cahaya yang menerangi jalanku.
Mazmur 119:105

Pernahkah anda berasa seperti kehilangan menentu arah dalam kehidupan anda? kehilangan tentu arah adalah salah satu perkara yang saya paling tidak suka. Dalam minda saya, saya mempersoalkan setiap langkah yang saya ambil disebabkan ketidaktentuan sama ada saya menuju ke arah yang betul atau tidak.

Pada tahun lepas, Saya dan suami membuat keputusan yang besar untuk berpindah dari California ke Texas. Ketika kami dalam proses membina rumah kami di Dallas / kawasan Ft.Worth, kita tinggal kira-kira dua jam perjalanan dari Abilene, Texas dari rumah mertua saya. (Allah memberkati mereka !!) Dan seperti di mana bandar-bandar baru, saya bergantung kepada aplikasi peta iPhone saya untuk menunjuk arah kemana-mana sahaja. Pada satu hari itu, semasa saya keluar untuk bertemu dengan suami saya untuk makan tengah hari, saya memasukkan alamat pejabatnya di telefon saya dan meneruskan perjalanan ke pejabatnya. Tetapi selepas berada di jalan yang sama sekian lama , saya menyedari bahawa saya tidak menggunakan telefon bimbit saya untuk menunjukkan jalan ke destinasi baru. Saya terkejut bahawa bateri telefon bimbit telah habisi! Saya tidak tahu dimana saya berada masa itu, saya terus berhenti di tepi jalan dan fikir apa yang saya harus melakukan seterusnya. Air mata hampir mengalir . Bukan sahaja saya tidak tahu bagaimana untuk menghubungi suami saya untuk memberitahunya yang saya akan sampai lewat, saya juga tidak tahu jalan untuk saya balik ke rumah atau ke pejabat suami saya. Saya memangpun tersesat jalan dan tidak pasti jalan yang mana satu harus saya ambil!

Ia adalah satu pengalaman berbeza jika kita menentu arah di bandar baru, tetapi ia adalah satu pengalaman yang lain secara keseluruhan jika tidak menentu arah semasa dalam musim baru kehidupan. Pernahkah anda berasa seperti telah tersesat dan tidak menentu arah mana yang seterusnya dalam hidup? Suami saya dan saya telah berpindah ke rumah baru kami, dalam proses memulakan kehidupan dalam musim baru. Dalam memulakan kehidupan dalam musim baru ini, saya berasa sedikit tidak menentu arah dan tidak pasti langkah yang patut saya mengambil seterusnya. Yang mana satu yang patut saya lakukan? Bagaimana saya perlu mengisikan jadual waktu saya? Terdapat begitu banyak yang tidak diketahui, begitu banyak pembolehubah.

Saya telah meruangkan masa untuk mengetahui lebih tentang Allah dan arahan-Nya. Saya belum menerima senarai terperinci apa yang perlu dilakukan seterusnya, saya tidak mungkin akan menerima jadual perjalanan seperti itu. Tetapi apa yang saya menerima adalah peringatan-Nya yang benar dan juga sangat penting dalam firman Allah iaitu:

Percayalah kepada TUHAN dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.”
(Amsal 3:5-6)

Allah akan membetulkan perjalanan kita. Jika kita terus meletakkan kepercayaan kita kepada Allah dan menjemput Dia ke dalam kehidupan kita, Dia akan membetulakan segala perjalanan kita. Secara perlahan-lahan Dia akan memimpin dan membimbing kita setiap langkah dalam perjalanan kita.

“Ingatlah perintah-Ku kepadamu supaya engkau yakin dan berani! Jangan takut ataupun tawar hati, kerana aku, Tuhan, Allahmu, menyertai engkau kemana sahaja engkau pergi.”(Yosua 1:9)

Allah bersama dengan kita walau dimana saja kita berada. Ia begitu menyenangkan hati untuk mengetahui bahawa sama ada kita berada di landasan yang betul ataupun yang salah, Allah sentiasa disisi kami. Dia tidak pernah meninggalkan kami dan berada disisi kami bila-bila sahaja kami berdoa kepada-Nya untuk bantuan.

“Firman-Mu itu pelita yang memimpin aku, dan cahaya yang menerangi jalanku.” (Mazmur 119:105)

Firman Allah adalah cahaya yang membimbing langkah-langkah kami. Semasa dalam perjalanan yang tidak diketahui, membaca dan mengkaji Alkitab adalah salah satu perkara yang paling penting yang boleh kita lakukan. Apabila kita berasa kehilangan arah tujuan, Allah memanggil kita untuk beriman kepada-Nya, rancangan-Nya, dan waktu-Nya. firman-Nya menyala perjalanan kita dan memberikan kita kekuatan dan bertahanan untuk terus bergerak ke hadapan. Manakala perasaan kehilangan tentu arah mungkin menyebabkan anda berasa membazirkan masa sahaja, saya percaya pada musim inilah Allah boleh mendekatkan kita kepada-Nya dan membina iman kita, harapan, dan kepercayaan kepada-Nya. Kita hanya perlu untuk terus bergerak ke hadapan dan mempercayai bahawa Allah akan menunjukkan arah tujuan perjalanan kepada kita dan terus bertawakal kepada-Nya.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: