Kesakitan pedih – (translated version)-(devotional)

Tuhan telah bersumpah dan Ia tidak akan menyesal: Engkau adalah Imam untuk selama-lamanya
Ibrani 7:21

Semasa saya berlajar di kolej , kami kehilangan ibu saudara saya ‘Elizabeth’ yang menghadapi kanser sekian lama. Beliau dalam awal 30-an tetapi telah meninggalkan suaminya dan dua-dua anaknya yang baru di bawah umur 6 tahun. Pada masa itu, saya berada di universiti belajar muzik, dan saya mula mendapati diri saya hampir memegang kematiannya terhadap Allah. Bertahun-tahun, keluarga saya mendoakan untuk Elizabeth supaya sakitnya disembuhi. Saya tidak meragu kekuasannya – Saya menaruh harapan yang tinggi atas Tuhan untuk menyembuhkan dia sebenarnya dan pengalaman itu akan membawa dia kepada Tuhan. Tidak lama kemudian, Elizabeth telah meninggalkan kami.

Pada masa itu saya amat keliru dan terperanjat – Saya sangat yakin bahawa Tuhan akan menyembuhkan Elizabeth dan Tuhan akan mendengar doa kita dan menunjukkan diri-Nya yang berkuasa dan setia. Selepas beberapa bulan, saya mengalami masalah untuk memahami situasi itu dan mempunyai banyak pertanyaan kenapa Allah seolah-olah berdiam diri dan tidak hadir semasa waktu akhir Elizabeth. Saya bergelut dengan keraguan, kemarahan dan kekeliruan; Aku tidak dapat memahami apa yang telah berlaku! Saya masih beribadah di gereja dan menyanyi semua sifat-sifat indah Allah, tetapi di dalam hati berasa Allah seolah-olah terjauhi.

Pada satu hari,saya duduk di piano saya untuk menulis, satu perbualan yang sangat jujur berlaku dengan Allah yang tidak pernah saya alami selama ini. Saya berasa sangat marah! Terasa kecederaan dan kekecewaan dalam hati, dan berasa seperti saya telah hilang kepercayaan saya. Bukannya kepada Allah, tetapi atas kebaikan-Nya -saya memeritahui-Nya. Saya membuka Alkitab saya ke Ayub (anda tahu, buku yang anda baca ketika kesengsaraan anda memerlukan teman), pada masa itu ia melanda saya. Ayub telah kehilangan segala-galanya, tetapi dia masih mempunyai kepercayaannya kepada Tuhan! Apabila isterinya cuba untuk memberitahu dia untuk berpaling dari iman, beliau mengingatkan bahawa jika kita menerima kebaikan daripada Allah, kita juga perlu menerima apa yang sebaliknya. Kita tidak perlu memahami segala pelan yang Tuhan memberikan keatas kita – tetapi kita perlu ingat bahawa Allah sentiasa bersifat baik, dan bahawa dia mempunyai perancangan yang baik untuk kita. Allah sentiasa bersifat baik. Kami tidak akan sentiasa memahami bagaimana Tuhan membuat kerjanya , kita tidak perlu memahami segalanya!

Pada ketika itu saya dapat merasai satu kesedaran yang amat menggalakkan bahawa Allah tidak pernah meninggalkan sisi saya. Allah sentiasa berada di sisi saya, Allah bersedia untuk saya mengembali kepada-Nya untuk kekuatan. Dia dengar keraguan dan persoalan saya. Dia hanya boleh membuatkan kerjaya ke atas saya sehingga saya membuka hati kepada Tuhan.

Allah bermula menyembuhkan hati saya hari demi hari. Dia tidak pernah meninggalkan kita dan tidak pernah meninggalkan saya. Saya mungkin tidak memahami mengapa perkara tersebut berlaku , tetapi saya mengetahui lebih melanjut hari demi hari untuk mempercayai kebaikan dan kerahmatan Tuhan , bukan atas pemahaman saya sahaja. Berhampiran 10 tahun, saya masih perlu mengingatkan diri saya setiap hari bahawa kita tidak menjanjikan keesokan hari – tetapi kami dijanjikan bahawa Yesus akan berjalan dengan kami untuk melalui segala kehidupan yang diberkan-Nya.Jadi apa sahaja kesakitan hati dan kesusahan yang anda melalui , sentiasa mengingatilah- Tuhan memberikan kita Firman-Nya; Ia tidak akan diambil balik.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: