Jangan biarkan ketakutan menghalang anda.

Anda berkemungkinan besar mempunyai banyak rancangan besar untuk masa depan. Penamatan pengajian. Kolej. Kerjaya. Perkara dewasa. Memanglah mudah untuk rasa ditenggelami—sebenarnya, anda mungkin rasa anda tidak tahu apa yang sedang anda lakukan! 

Yosua pun begitu juga. Dalam Alkitab, Musa adalah satu-satunya pemimpin orang Israel yang benar. Pada asasnya, dialah yang terbaik sepanjang masa. Yosua ialah pembantu Musa. Kemudian, Musa meninggal dunia, dan beban memimpin orang Israel dipikul oleh Yosua. Kedengaran seperti tekanan yang kuat, bukan?

Semasa Allah memberikan Yosua arahan, Dia mengulang ini sebanyak tiga kali: 

“Hendaklah engkau yakin dan berani.”

Allah tahu Yosua memikul tugas yang besar. Dia tahu Yosua mungkin berasa takut. Namun, Allah juga tahu bahawa Dia mempunyai rancangan dan bahawa Dia akan menyertai Yosua. Oleh sebab itulah, Yosua boleh berasa yakin dan berani—dia tahu bahawa Allah menyelebelahinya. 

Perkara yang menarik adalah: Allah menyertai anda juga. Seperti Yosua, Allah mahu anda yakin dan berani semasa anda memasuki musim kehidupan yang seterusnya. 

Sama ada anda rasa takut untuk menamatkan pengajian, pergi ke kolej, ataupun memulakan kerjaya anda, mengatasi halangan yang tidak diduga, ataupun berasa takut tentang masa depan, Allah menyertai anda. Seperti yang telah dibincangkan pada Hari pertama, anda mungkin tidak menerima seluruh cetak biru. Meskipun demikian, kita boleh mempercayai Allah dengan masa depan kita, menyedari bahawa rancangan-Nya sentiasa lebih baik daripada rancangan kita. 

Akhirnya, ketahuilah bahawa Allah mengambil berat tentang anda dan mengasihi anda lebih daripada yang dapat anda fahami. Walau apa pun yang melanda anda dalam kehidupan ini, Allah tidak mungkin meninggalkan anda ataupun mengabaikan anda. Kehidupan berubah, tetapi Allah tidak pernah berubah, demikian juga kasih-Nya terhadap kita. Maka, ingatlah ini: Rancangan Allah tidak sentiasanya jelas, tetapi ia sentiasanya lebih baik daripada apa yang anda dapat minta atau bayangkan. Apabila anda betul-betul menyedari dan mempercayai itu—anda sudah bersedia untuk segala sesuatu. 



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: