Tiga peraturan tidak bertulis rancangan 

Bayangkan: Anda telah membeli baju baru dan tidak sabar untuk memakainya ke sekolah kerana anda tahu ia pasti akan menarik perhatian lelaki atau gadis yang diminati anda. Anda memadankan pakaian anda dengan baik sekali. Semasa anda makan tengah hari, tragedi melanda: anda menumpahkan sos tomato ke seluruh baju baru anda—tepat sekali waktu orang yang diminati selama-lamanya itu sampai ke meja anda.

Ada kalanya, kehidupan tidak berjalan seperti yang dirancang.

Dalam Alkitab, terdapat satu cerita tentang seorang lelaki bernama Gideon. Gideon bukan sahaja berasal daripada puak yang paling lemah dalam suku Manasye malah dia merupakan orang yang paling lemah dalam keluarganya. Sudah tentu dia tidak mungkin dipilih oleh Allah. Namun, Allah memimpin Gideon untuk memerangi orang Midian, musuh sukunya, yang mempunyai 38,000 orang askar. Kemudian, Allah memberitahu Gideon bahawa dia mempunyai terlalu banyak askar, dan jika mereka menewaskan orang Midian, ia akan kelihatan seolah-olah mereka menang atas usaha sendiri. Jadi, Gideon menghantar 20,000 orang anak buahnya balik. Allah berkata bilangan sekarang masih terlalu banyak, akhirnya, Gideon tinggal dengan 300 orang anak buah sahaja. Tuhan memberikan Gideon dan Israel kemenangan ke atas orang Midian dengan 300 orang askar sahaja—ia pastinya bukan rancangan awal Gideon.

Apabila kita fikir tentang masa depan dan apa yang disediakan oleh Allah bagi kita, memanglah penting untuk ingat bahawa keadaan tidak sentiasa berjalan sebagaimana kita telah merancangnya. 

Sebenarnya, terdapat tiga peraturan tidak bertulis rancangan yang harus anda ikut: 

1.) Merancang untuk mula semula. Kehidupan adalah satu siri permulaan semula. Sebaik sahaja anda habis pengajian sekolah menengah rendah, tibalah masa untuk memulakan sekolah menengah tinggi. Apabila anda rasa anda sudah menyesuaikan diri dengan sekolah menengah tinggi, anda perlu mula bersiap sedia untuk kolej dan menjadi orang dewasa yang benar. Kebenarannya adalah, ia tidak berpenghujung. Belajar untuk mula semula. Ketika rancangan berubah, terimalah keadaan itu. Anda tidak mungkin tahu apa yang disediakan oleh Allah. Terimalah musim semasa anda.

2.) Merancang untuk mengatakan tidak. Ada kalanya, kita perlu mengatakan “tidak” terhadap perkara yang baik demi mengatakan “ya” terhadap perkara yang terbaik. Kita tidak boleh melakukan segala sesuatu. Berdoalah untuk kebijaksanaan untuk mengetahui di mana anda harus melaburkan masa anda untuk menghasilkan kesan yang terbesar demi Kerajaan Allah.

3.) Merancang untuk berdaya kreatif. Kadang-kadang rancangan Allah memimpin kita kepada sesuatu yang tidak disangka-sangka. Bagi Gideon, ini melibatkan menggunakan apa yang dimilikinya—buyung dan obor dan bukannya senjata perang yang biasa. Gunakan kurnia yang telah diberikan oleh Allah kepada anda hari ini. Jangan risau tentang apa yang dimiliki orang lain. Ketahuilah bahawa apa yang telah diberikan oleh Allah kepada anda berserta bantuan-Nya akan membawa anda lebih jauh daripada apa yang dapat anda bayangkan. 



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: