Apakah yang akan berlaku apabila kita tidak melihat rancangan Allah? 

Dalam Perjanjian Lama (Old Testament), Yeremia merupakan seorang nabi yang mengkhabarkan mesej daripada Allah kepada umat-Nya yang telah dibuang ke Babilonia. Sudah tentu ini bukan tempat yang mereka mahu pergi. Ini bukan apa yang telah dirancang. Allah tidak terus meyelamatkan mereka, sebaliknya Dia memberitahu mereka untuk “menetaplah di situ. Dirikanlah rumah kamu” (Yeremia 29:5) dan “bekerjalah untuk kemakmuran kota tempat Aku membuang kamu.” (Yeremia 29:7)

Beberapa ayat selepas itu, Allah berfirman, “Apabila genap masa tujuh puluh tahun bagi Babilonia, Aku akan … menepati janji-Ku untuk membawa kamu pulang.” Yeremia 29:10 (penegasan ditambahkan) 

Tujuh puluh tahun! Kebanyakan daripada kita tidak cukup sabar untuk menunggu sesuatu selama 70 saat, apatah lagi 70 tahun. 

Semua ini adalah konteks untuk ayat seterusnya yang besar kemungkinan pernah anda dengar: “Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan.” Yeremia 29:11

Berikut adalah tiga perkara tentang rancangan Allah yang anda harus tahu:

1.) Rancangan yang baik mengambil masa. Allah memberitahu orang Israel bahawa mereka akan ditawan selama 70 tahun. Banyak orang yang mendengar masej itu tidak akan melihat penggenapan janji Allah. Ada kalanya, anda rasa Allah mengambil selama-lamanya untuk mendedahkan rancangan-Nya kepada anda. Hakikatnya anda mungkin tidak melihat keseluruhan rancangan Allah untuk hidup anda—anda mungkin mempengaruhi generasi akan datang tanpa disedari!

2.) Musim penantian tidak sia-sia. Perhatikan bahawa Allah tidak memberitahu orang Israel untuk menunggu tanpa melakukan apa-apa selama 70 tahun. Dia memberitahu mereka untuk berkerja demi kemakmuran dan kepentingan kota Dia menghantar mereka. Di mana jua anda berada sekarang, Allah boleh menggunakan anda! Jangan terlepas peluang untuk melakukan sesuatu demi Kerajaan sekarang dengan menantikan musim yang belum dihantar oleh Allah lagi.

3.) Rancangan-Nya adalah baik. Apa jua musim yang anda hadapi sekarang, janji Yeremia 29:11 masihlah benar: Allah memang mempunyai rancangan yang baik untuk anda—rancangan untuk masa depan dan harapan. Pada masa ini, ia mungkin kelihatan seolah-olah segala sesuatu tidak berhasil, tetapi, jika anda terus mempercayai Allah dengan masa depan anda, anda akan melihat penggenapan janji-Nya. 



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: