Mencari Jalan Kembali ke Allah | Topik #5

“Inilah kehidupan!” Allah mempunyai impian untuk dunia ini, dan anda dijemput untuk menjadi sebahagian daripadanya. Impian Allah bagi keabadian adalah sangat menarik.

Ia adalah impian untuk hidup anda, komuniti anda, dan seluruh dunia. Impian Allah adalah agar anda dapat menjalankan setiap detik daripada kewujudan anda dengan keyakinan bahawa Dia tidak henti-hentinya mengasihi anda dengan mendalam. Impian-Nya adalah agar anda dengan rela mengambil risiko mengasihi orang lain kerana anda sedar bahawa Allah telah mempertaruhkan segala sesuatu untuk mengasihi anda.

Itulah sebabnya mengapa kesedaran terakhir dalam perjalanan untuk menemui jalan kembali kepada Allah adalah kesedaran terhadap kehidupan. Apabila kita betul-betul sedar akan kehidupan baru yang ditawarkan Allah di rumah bersama-Nya, kita melihat kemungkinan untuk masa depan kita dengan berbeza sama sekali. Kita berseru, “Inilah kehidupan!” tetapi kita sedar bahawa “kehidupan” memaksudkan sesuatu yang berbeza sekarang.

Ia bermaksud menjalankan kehidupan yang lebih baik, lebih besar, dan lebih bermakna daripada sebelumnya. Perjalanan baru dan sepanjang hayat anda bersama Yesus adalah suatu perjalanan yang tidak perlu dijalankan bersendirian. Anda tidak perlu hidup berjauhan daripada Bapa syurgawi anda lagi. Jika anda mendapati diri anda menjadi puas hati, mencari pengganti, fikir anda memiliki semua jawapan yang diperlukan untuk diri anda . . . anda tahu apa yang perlu dilakukan.

Kembali kepada hidup yang betul-betul kehidupan! Anda tahu jalannya, dan rumah adalah sentiasanya tempat anda. Bersedialah dalam tahun-tahun akan datang untuk kehidupan yang berbeza daripada yang difikirkan mungkin oleh anda apabila anda membuat pusingan U atas jalan itu pada hari anda meminta pertolongan Bapa. Kesedaran terhadap kehidupan membawakan pengaruh dan peluang yang tidak dijangkakan.

Bagaimanakah ini mungkin? Ia mungkin kerana Kristus hidup di dalam anda, dan itu mengubah segala sesuatu. Kini, anda boleh membawa harapan kepada kehampaan. Kini, anda boleh menunjukkan jalan kepada kebebasan kepada orang tawanan. Kini, anda boleh menjadi terang dalam kegelapan. Dan itulah kehidupan! Carilah tempat anda dalam komuniti anak lelaki dan anak perempuan Bapa yang bersyukur. Berhubung, belajar, dan bekerja bersama-sama mereka untuk membawa perbezaan dalam perkahwinan, rumah, sekolah, tempat kerja, dan komuniti.

Marilah kita terus membantu satu sama lain untuk mencari jalan kembali kepada Allah. Di situlah perayaan sebenar sedang menanti kita. Semasa anda mengenangkan renungan lima hari ini, apakah “kesedaran” yang bergema dengan paling kuat buat anda? Apakah langkah seterusnya yang anda rasa dipanggil oleh Allah buat anda?



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: