Mencari Jalan Kembali ke Allah | Topik 4

“Bagaimanapun Allah Mengasihi Saya dengan Mendalam” Dalam hidup baru anda dengan Bapa, kesedaran seterusnya mungkin kelihatan seperti suatu langkah terkebelakang daripada kemajuan. Allah menawarkan anda sesuatu yang anda ingini dan perlukan—sambutan balik. Namun, sesuatu dalam anda mungkin mahu menahan.

Disambut pulang oleh Bapa syurgawi anda dan diterima dalam keluarga itu—tanpa soalan—mungkin kelihatan betul-betul tidak realistik bagi seseorang yang telah merayau jauh dan demikian lama. Kita memanggil peringkat perjalanan anda ini sebagai kesedaran terhadap kasih. Pada waktu ini, kita mula dengan mengatakan, “Saya tidak layak menerima ini.” Penerimaan Allah amat sukar dipercayai.

Namun, perkara yang dikatakan dan dilakukan Allah adalah betul-betul bertentangan daripada perkara yang kita fikirkan layak diterima kita sehingga kita menerima kesedaran yang paling menakjubkan: “Bagaimanapun Allah mengasihi saya dengan mendalam.” Anda boleh melihat sebab kita mengatakan bahawa tarik tali rohani menyertai kepulangan kita.

Kita memiliki keyakinan tertentu tentang diri kita, dan Allah mempunyai keyakinan yang berbeza. Kita melihat masa silam kita sebagai dipenuhi kegagalan dan rasa malu, dan Dia melihat kita yang seadanya dengan kasih sayang dan belas kasihan. Itulah sebabnya kesedaran ini adalah suatu penerobosan yang besar. Kita menyedari, barangkali buat pertama kalinya, bahawa tiada seorang pun daripada kita patut menerima peluang kedua, tiada antara kita yang patut diampuni, dan kita pastinya tidak patut dikasihi tanpa syarat. Namun kita layak! Anda layak!

Anda tidak patut menerimanya, walau bagaimanapun Allah memberikannya kepada anda. Sekiranya anda adalah seperti kebanyakan orang antara kita, anda tahu tentang rasa malu. Rasa malu membisikkan, “Kamu tidak penting” dan “Kamu tidak mudah disayangi.” Rasa malu menjerit, “Tiada peluang lagi untuk kamu!” Rasa malu mengutuk diri, dan apabila kita menemui kasih karunia buat pertama kalinya, kita mendapati diri kita mengulang, “Saya tidak patut menerima ini.” Jangan biarkan kesilapan dan kegagalan masa silam anda untuk mendefinisikan anda. Itulah suara rasa malu.

Anda bukanlah kelakuan anda ataupun perkara yang tidak dilakukan. Anda bukanlah perkara yang telah dilakukan terhadap anda. Anda adalah siapa yang dikatakan Allah. Anak-Nya. Adakah anda mengalami tarik tali rohani dalam diri anda? Jika ya, bagaimanakah anda menggambarkannya?



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: