Mencari Jalan Kembali me Allah – Topik 3

“Saya Tidak Dapat Melakukan Ini Sendiri” Di mana-mana jua kita dalam perjalanan kita untuk menemukan jalan kembali kepada Allah, kita masih berpegang kepada sesuatu dalam kehidupan kita.

Bagi sesetengah orang, ia adalah sesuatu aktiviti atau tabiat rahsia yang tidak diketahui orang lain. Bagi yang lain, ia adalah sesuatu pengejaran yang agak ketara. Apakah yang dipegang anda? Apakah yang perlu anda lepaskan?

Allah jarang menempatkan sesuatu yang baru dalam hidup anda sehingga anda melepaskan sesuatu yang lama dan rosak. Maka, langkah seterusnya selepas kesedaran terhadap kekesalan adalah kesedaran terhadap pertolongan. Kesedaran ketiga ini merupakan satu langkah besar yang mendekatkan kita kepada Allah kerana kita menyedari bahawa kita tidak dapat melakukannya sendiri.

Apakah yang berlaku seterusnya? Kita membuat keputusan. Kita berbual. Kita menyertai kumpulan sokongan. Kita mendapati diri di barisan belakang gereja Kita berlutut dan berseru, “Allah, jika Engkau adalah benar . . . !” Lari daripada pilihan yang membinasakan dan mendapatkan bantuan adalah sebahagian daripada pertaubatan. Bertaubat bermaksud pulang ke rumah, kembali ke tempat semula anda dan tempat asal anda. Pulang ke rumah adalah tentang diampuni dan menerima keyakinan tentang hidup selepas hidup ini, tetapi ia juga tentang menemui maksud dan haluan yang baru bagi hidup yang tidak dapat ditemui di mana-mana tempat yang lain. Ia adalah tentang berhubungan dengan Allah.

Ia adalah tentang mengubah haluan hidup anda dan kembali ke tempat semula anda dan tempat asal anda. Apabila anda bertaubat, Allah mengubah anda. Anda tidak sama lagi. Alkitab mengatakan bahawa Roh Allah diam dalam anda, dan menyebabkan transformasi yang dapat dilihat dan berterusan. Ingatlah bahawa bertaubat tidak bermaksud rasa tidak enak. Sebenarnya, Alkitab mengatakan bahawa pertaubatan sebenar membawa kepada “waktu kelegaan” daripada Tuhan. Bertaubat adalah tentang permulaan baru dan mengakui, “Saya memerlukan bantuan.”

Panggilan ini untuk bertaubat, untuk berpaling daripada dosa kita dan kembali kepada Allah, adalah untuk semua orang. Hari ini mungkinlah waktu anda pulang ke rumah. Bangkitlah di mana jua anda berada dan pulang ke tempat asal anda. Keputusan buruk yang pernah anda buat pada masa silam tidak penting. Allah mengatakan kepada anda, “Apa sahaja yang pernah kamu lakukan, apa sahaja yang kamu jadi, itu tidak penting. Pulanglah.” Apakah yang memerlukan pertaubatan hari ini? Bagaimanakah pertaubatan dapat membawa anda kepada “waktu kelegaan” dengan Allah?



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: