Mencari Jalan Kembali ke Allah – Topik 1

“Pasti Ada Sesuatu yang Lebih daripada Ini” Pernahkah anda rasa bahawa anda sedang mengejar sesuatu dalam hidup yang tidak akan memuaskan anda sepenuhnya? Tumpukan perhatian pada perasaan itu. Ia berasal daripada Allah.

Kita bukan sahaja bercakap tentang isu penyalahgunaan bahan, meskipun meminum alkohol dan meneruskan ketagihan yang lain memanglah pengejaran sesuatu yang tidak berguna. Walau bagaimanapun, kita juga mengenali ramai “jemaat baik” yang menghadiri kebaktian pada setiap minggu—atau seseorang yang berkhutbah di mimbar—yang rasa mereka adalah berjauhan daripada Allah.

Pada zahirnya, mereka adalah “berjaya” atau “tenang” atau “benar”, tetapi mereka merindukan Allah dalam batinnya. Mereka memenuhi masa dengan amalan agama dan kerja, sekolah, atau keluarga, tetapi itu adalah tidak memadai. Mereka merindukan Allah agar rasa nyata kepada mereka. Kerinduan itu adalah kesedaran rohani yang pertama bagi kita yang ingin menemukan jalan kembali kepada Allah: “Pasti ada sesuatu yang lebih daripada ini.”

Apabila anda inginkan kasih yang mendalam dan memuaskan, apabila anda ingin mengabdikan diri kepada sesuatu yang benar-benar membawa perbezaan, atau apabila anda mencari jawapan kepada persoalan kehidupan yang paling sukar, anda sedang mencari Allah. Anda mempunyai dua pilihan: anda boleh terus mencari demi memenuhi kerinduan itu atas usaha sendiri, atau anda boleh mengharapkan Dia yang telah memberikan anda kerinduan itu dari mula lagi. Kerinduan kita terhadap kasih yang sejati dapat dikesan kepada cara manusia dicipta pada mula-mulanya. Allah memaksudkan agar kita mengalami kasih-Nya secara langsung daripada-Nya dan melalui orang lain yang berhubungan dengan kita dalam secara sihat.

Perkara yang kita rindukan, bukan sahaja dimiliki Allah malah ialah Allah. Dialah kasih dan Dia mengejar kita dalam kasih. Kita pernah mendengar bahawa setiap orang yang mengetuk pintu rumah pelacuran sebenarnya mencari Allah. Jika anda sedang mengetuk pintu sesetengah kelakuan atau hubungan yang melukai diri, anda mungkin sudah tiba pada satu detik penting dalam perjalanan anda untuk kembali kepada Allah. Mengapa? Kerana kehampaan yang anda rasa dalam pengganti murah akan membuat anda tertanya-tanya tentang tempat di mana kasih sejati dapat ditemui.

Adakah anda akan membuka diri untuk membenarkan Allah memenuhi kerinduan anda untuk mengasihi dan dikasihi? Apakah yang dikatakan aktiviti anda pada minggu ini tentang perkara yang anda rasa akan memuaskan anda?



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: