Pergi

Adakah anda rasa sesuatu yang baru berlaku dalam kehidupan anda? Adakah anda inginkan sesuatu yang berbeza? Walaupun anda tidak merasakannya sekarang, sentiasalah idea yang baik untuk bersedia untuk perubahan kerana perubahan pasti akan berlaku.

Kita sudah berbincang tentang mulaiberhenti, dan bertahan. Kadang kala, keputusan terbaik yang boleh anda buat dalam mencari tuntunan Allah adalah pergi.

Kerap kali, kita dipanggil untuk tidak berganjak apabila tekanan meningkat, tetapi banyak kali kita perlu mengambil risiko. Adakah anda rasa resah dalam keadaan anda? Allah mungkin telah menanamkan keinginan ilahi dalam anda untuk melayani-Nya dalam beberapa cara yang mengejutkan. Barangkali Dia memberikan anda ilham melalui sekumpulan orang, idea, masalah, atau tempat tertentu. Barangkali Dia memanggil anda untuk pergi. Ikutlah gerak hati itu dan lihatlah ke mana ia membawa anda. Terimalah pengembaraan itu. Cara yang terbaik untuk bertindak dalam iman adalah permulaan yang baik.

Terdapat satu cerita yang penting dalam Perjanjian Lama tentang Abram dan Sarai (kemudiannya dinamakan semula Abraham dan Sara) yang menggambarkan “pergi” dengan baik sekali. Dalam Kejadian (Genesis) 12, Allah berbicara dengan Abram. Pada masa itu, Abram menetap di kota Haran tetapi dia berasal dari kota Ur-Kasdim. Di kampung halaman Abram di Ur, penduduknya menyembah allah bulan palsu yang digelar Nannar.

Perkara yang penting di sini adalah satu-satunya Allah yang benar telah memilih untuk menyatakan diri kepada Abram. Allah telah memberikan Abram satu perintah yang ringkas dan jelas: tinggalkan segala sesuatu yang diketahui. Tinggalkanlah negerimu, kaum keluargamu, dan rumah bapamu; pergilah ke negeri yang akan Aku tunjukkan kepadamu.” Kejadian (Genesis) 12:1 BM, penegasan ditambahkan penulis

Tinggalkan dan pergilah.

Demi melangkah ke arah takdir anda, anda mungkin perlu meninggalkan jaminan hidup anda.

Demi bergerak ke tempat yang lain, anda perlu meninggalkan tempat semasa anda. Anda perlu meninggalkan perkara yang diketahui, perkara yang selesa, perkara yang dapat diramal, dan perkara yang senang. Demi melangkah ke arah takdir anda, anda mungkin perlu meninggalkan jaminan hidup anda.

Tiada sesiapa yang tahu tentang jalan cerita kisah hidup anda jika anda membenarkan Allah memimpin anda. Suatu hari nanti, beberapa tahun kemudian, anda akan mengenang kembali tentang kehidupan anda dan melihat seluruh kisah itu. Apakah kisah anda? “Saya rasa Allah memanggil saya, tetapi saya takut, jadi saya tidak melakukan apa-apa.” Ataupun, adakah anda akan menceritakan satu pengembaraan yang dipenuhi iman? Perbezaannya adalah sama ada anda akan pergi apabila Allah berkata, “Pergilah.”

Tanyalah: Apakah yang Allah panggil saya untuk tinggalkan? Ke manakah Dia memanggil saya untuk pergi?



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: