Menyiasat dan Membuat Perubahan (Investigate and Make Changes)

Sudahkah anda mula mencari identiti yang sihat (healthy identity)? Adakah anda menemui beberapa matlamat berasaskan identiti dan kebenaran yang menyembuhkan identiti daripada Firman Allah? Sudahkah anda menemui orang yang betul untuk meminta tolong (ask for help)? Barangkali anda menyedari bahawa ini tidaklah mudah, dan anda telah membuat kesilapan dengan tabiat baru anda—tetapi anda ingat untuk bersifat baik terhadap diri (be kind to yourself). Apakah huruf seterusnya dalam HABITS? Menyiasat dan membuat perubahan (Investigate and make changes).  

Apakah kaitan menyiasat dan membuat perubahan? Charles Duhigg, pengarang The Power of Habit, memasyhurkan idea “lingkaran tabiat” (“habit loop”). Lingkaran tabiat terdiri daripada tanda, rutin, dan ganjaran. Jika tabiat anda adalah makan terlalu banyak sebelum tidur, lingkaran itu mungkin demikian. Tanda: Anda duduk bersama dengan pasangan atau kawan untuk menonton wayang dan anda melihat iklan makanan. Rutin: Anda pergi memeriksa peti sejuk dan menemui sesuatu yang lazat. Ganjaran: Tubuh anda merembeskan bahan kimia positif apabila anda memakan makanan itu dan menikmati pergaulan anda. Akibatnya adalah lingkaran tabiat. 

Semasa kita berhenti daripada tabiat lama atau membina tabiat baru, kita berkemungkinan besar akan menghadapi pergumulan yang serius sepanjang proses itu. Ada kalanya pergumulan itu berkaitan dengan lingkaran tabiat. Jika anda berhenti daripada tabiat makan terlalu banyak sebelum tidur, anda harus memastikan anda telah mengenal pasti tandanya. Mungkin bukan iklan makanan, tetapi tindakan menonton wayang, bergaul dengan kawan, atau beberapa perkara lain yang merangsang anda. Anda juga harus berfikir tentang rutin anda. Adakah anda memeriksa peti sejuk kerana kebosanan, kerana kebiasaan, ataupun kerana anda betul-betul rasa lapar? Ganjarannya juga penting. Adakah ia makanan atau tindakan berkongsi makanan dengan orang lain? Mungkin anda rasa gelisah apabila orang tertentu datang, ataupun mungkin anda makan semasa menonton wayang untuk mengelakkan perbualan yang perlu dengan pasangan anda. 

Apabila kita rasa kita tidak dapat berhenti daripada lingkaran tabiat, marilah kita berhenti, menyiasat, dan membuat perubahan. Juga, marilah kita menggunakan lingkaran tabiat untuk membina tabiat yang baik semasa kita membentuk tanda yang positif, rutin yang sihat, dan ganjaran yang betul. 

Kebanyakan buku tidak akan memberitahu anda tentang ini berhubungan dengan membina atau menghentikan lingkaran tabiat: Sentiasa ada caranya. Bagaimana kita mengetahuinya? Dalam 1 Korintus 10:13, rasul Paulus memberitahu kita Allah setia—Dia tidak akan membiarkan kita dicubai lebih daripada yang dapat kita tanggung. Namun, apabila kita dicubai, Dia memberikan jalan keluar supaya kita mendapat kekuatan untuk menanggungnya. Oleh itu, marilah kita menyiasat, membuat perubahan, bergantung pada Allah, meminta tolong, dan terus mengorak langkah seterusnya apabila Dia memimpin kita ke hadapan.  

Pertimbangkan: Apakah tanda saya? Bagaimanakah saya boleh menggantikan tanda yang negatif dengan tanda yang positif? Ke manakah rutin saya membawa saya? Apakah ganjaran tabiat saya? Adakah ia apa yang diinginkan Allah untuk saya? 



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: