Mempercayai Proses Allah (Trust the God-process)

Kita bercakap banyak tentang tabiat, tetapi apakah sebenarnya tabiat? Berdasarkan apa yang telah dipelajari beberapa hari yang lalu, tabiat terbentuk apabila anda dengan tetapnya memenuhi satu keperluan yang penting dengan tingkah laku terpilih. Tabiat cenderung mempunyai reputasi yang buruk, tetapi ia sebenarnya satu proses yang diwujudkan oleh Allah. Marilah kita memanggilnya proses Allah. Ini membawa kepada huruf seterusnya: mempercayai proses Allah (trust the God-process). 

Ritma cerita penciptaan Allah dalam Kejadian dipenuhi tabiat harian yang baik. Ini adalah pertama kalinya kita melihat Allah menggunakan proses untuk mencipta sesuatu yang baru, sihat, dan baik. Kedengaran biasa? Allah mempunyai kebiasaan! Dalam cerita ini sahaja, Allah menggambarkan tabiat kecemerlangan, ketekunan, meminta tolong (Adam menamakan haiwan, Allah berkata tidak baik manusia hidup seorang diri lalu mencipta Hawa), berhenti untuk meraikan apa yang telah dicapai (setiap hari Allah melihat bahawa semua kerja-Nya itu baik), dan berehat sehari setiap minggu. Apabila anda membaca Alkitab, teruslah cari tabiat baik, atau proses Allah, keseluruhannya, dan anda akan menyedari bahawa ia adalah kurnia daripada Allah. 

Kita harus mempercayai Allah dan mempercayai bahawa Allah berada dalam proses tersebut. Dia sedang mengerjakan sesuatu yang baru dan indah dalam kehidupan anda semasa anda menemui identiti yang sihat (healthy identity), meminta tolong (ask for help), bersifat baik terhadap diri (be kind to yourself), menyiasat (investigate), dan mempercayai proses-Nya (trust His process). Proses seperti membina tabiat harian yang baik bukanlah sesuatu yang kita gunakan untuk mengelakkan daripada bergantung pada bantuan Allah—ia wujud kerana bantuan-Nya. Apabila kita mempercayai Allah dengan tindakan harian ini, ia menjadi proses Allah. Sebaliknya, tanpa bantuan Allah, semua usaha terbaik kita akan menjadi projek keselamatan kendiri. Tingkah laku laksanakan-tanpa-Allah demikianlah yang menyebabkan masalah dari mula lagi! 

Doa: Allah, saya bersyukur kerana rutin dan tabiat yang Engkau tolong saya amalkan dalam kehidupan saya. Saya tidak dapat melakukan mana-mana daripadanya tanpa kekuatan, kedamaian, dan kasih karunia-Mu. Bantulah saya untuk terus bergantung pada-Mu setiap hari. Amin. 



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: