Hanya ada satu cara untuk mengalami kedamaian yang kekal yang mengatasi keadaan—melalui iman. Iman merupakan dasar untuk hidup dalam kedamaian Allah—kepercayaan aktif dan yakin dalam hadirat dan kuasa-Nya untuk memelihara serta menghiburkan anda, walau apa pun keadaan yang anda hadapi. Akan tetapi, terdapat isu tertentu yang boleh menjejaskan iman kita dan merampas kedamaian kita. Marilah melihat beberapa isu tersebut:
1. Ketakutan yang Tiba-tiba—Sesetengah orang sudah biasa berasa takut dan sedikit panik akan setiap naik turun kehidupan yang kecil sehinggakan mereka tidak dapat membayangkan ada cara yang lain untuk memberikan respons. Mereka berasa sangat sedih tentang setiap jenis perubahan sehinggakan mereka tidak fikir mereka boleh hidup dengan kestabilan emosi yang lebih baik.
2. Musuh—Kita boleh diserang oleh musuh kita, iblis, yang mungkin menggunakan pelbagai cara untuk membuat kita meragui dan kehilangan kepercayaan terhadap Allah kita. Walau bagaimanapun, kita mesti melawannya. Alkitab menggesa kita untuk melawan iblis, maka ia akan…
View original post 211 more words
Categories: Behold The Man
Leave a Reply