Bersifat Baik Terhadap Diri (Be Kind to Yourself)

Waktu anda memutuskan untuk sungguh-sungguh membina tabiat harian yang baik adalah waktu anda melangkah keluar dari “zon penyempurnaan.” Ini membawa kepada huruf hari ini: bersifat baik terhadap diri (be kind to yourself). Apabila anda gagal mengamalkan tabiat baru anda, anda harus bersifat baik terhadap diri. 

Jangan berserah kepada kata kendiri negatif dan rasa benci terhadap diri. Berpautlah pada kebenaran Allah dan identiti sihat yang dipulihkan-Nya dalam anda. Ambillah ini sebagai peluang mengorek lebih dalam lagi mengenai isu yang lebih besar. Luangkan sedikit masa untuk merenungkan identiti anda yang sihat (healthy identity) dan meminta tolong (asking for help) daripada orang yang dipercayai. 

Mungkin anda sudah membuat kesilapan. Mungkin belum. Macam mana sekalipun, mintalah Allah, dan barangkali orang lain, untuk pengampunan. Kemudian, lihatlah ini sebagai peluang untuk pertumbuhan, penyembuhan yang lebih mendalam, dan kesempatan lain untuk menguatkan tabiat harian yang baik, yang tahan segala jenis kesukaran. Sebagaimana anda dijangkiti selesema dan sistem imun anda menjadi lebih kuat, ini merupakan peluang untuk kawalan diri yang diberikan Allah kepada anda bertumbuh dan menjadi lebih kuat.

Yesus memerintah kita untuk mengasihi Allah dengan sepenuh hati dan mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri sendiri. Kedua-dua ini dirujuk sebagai dua perintah yang terutama. Walau bagaimanapun, terdapat perintah ketiga yang tersembunyi di sini. Demi mengasihi orang lain sebagaimana anda mengasihi diri, anda perlu mengasihi diri sendiri! Jadi, meskipun hanya kerana ia adalah perintah Yesus kepada anda, bersifat baik terhadap diri anda apabila anda membuat kesilapan. Jangan berputus asa. Jangan menyalahkan diri. Bangun, pandang ke atas, memohon pengampunan, dan cuba lagi!

Doa: Terima kasih Allah kerana kasih-Mu yang memberikan saya kekuatan untuk buat dengan betul dan memberikan saya kasih karunia apabila saya membuat kesilapan. Saya memerlukan pertolongan-Mu, dan saya percaya Engkau akan berada di sisi saya walaupun saya tercicir. Amin. 



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: