Mengatasi Ketakutan 

Banyak orang fikir ketakutan lawannya harapan, keberanian, atau kekuatan. Ketakutan lawannya yang sebenar ialah iman. Apabila ketakutan menyebabkan kelumpuhan, ia bukan sahaja menghilangkan kedamaian seseorang, malah menyerang dasar kedamaian itu—iaitu, iman kita. Kedamaian hilang apabila wujudnya ketakutan. 

Sebahagian besar ketakutan berakar umbi pada keraguan bahawa Allah akan hadir, memberikan kita keadilan atau bantuan, atau berupaya mengatasi krisis yang dihadapi. Iman berkata, “Ya, Allah hadir. Ya, Allah akan memberi. Ya, Allah berupaya melakukan segala sesuatu!”

Sebahagian besar ketakutan berakar umbi pada ancaman—ada kalanya kata-kata ugut, ada kalanya tindakan yang mengancam. Iman berkata, “Saya tidak akan mengalami trauma kerana ancaman. Saya akan bertindak dengan bijak, bukan dengan ketakutan. Saya percaya Allah akan menghalang apa-apa ancaman daripada berlaku. Jika ancaman itu berlaku, saya percaya Allah akan membantu saya untuk mengatasinya.”

Apabila Saul, Raja Israel, menyedari bahawa Allah telah membatalkan pengurapan-Nya dan berkat-Nya terhadapnya (kerana keangkuhan dan keingkarannya) dan memberikannya kepada seorang pemuda, Daud, Saul menjadi marah. Dia mula berkempen untuk mencari Daud dan membunuhnya—untuk menghapuskan ancaman ini daripada kehidupannya (1 Sam. 19). Sebaliknya, Daud rasa terancam oleh tentera Saul dan beberapa kali bimbang akan keselamatan dirinya. Namun, Alkitab memberitahu kita bahawa Daud diperteguh oleh janji Allah untuk melindunginya dan pada suatu hari nanti menjadikannya raja Israel.

Di dunia moden kita, kita kerap membaca tentang orang yang, meskipun diancam oleh penyakit, kemalangan, ataupun bahaya, meneruskan ke arah hasil yang tidak diketahui—penolakan, kekalahan, dan, ya, ada kalanya kemenangan. Peneroka artik, atlet Olimpik, misionari, pemodal teroka, dan dermawan datang dalam fikiran. Jadi, ancaman tidak perlu membuat kita tersentap dan melumpuhkan kita.

Cabaran kita semasa ancaman adalah tidak menumpukan perhatian pada apa yang mungkin menjadi kenyataan, sebaliknya, menumpukan perhatian pada apa yang kita boleh harapkan adalah benar.

Banyak orang hidup di bawah ancaman awan gelap hari ini. Sesetengah orang mengalami ancaman penyakit, yang lain menghadapi ancaman kecederaan anak, dan sesetengah orang mendengar ugutan berkaitan kehilangan pekerjaan mereka.

Jawapan kepada semua jenis ancaman ialah iman dalam apa yang kita tahu adalah benar tentang Allah dan tentang kasih-Nya dan perhatian-Nya kepada kita dan keupayaan-Nya untuk membekalkan segala sesuatu yang kita perlukan—terutamanya kedamaian-Nya, yang memimpin kita menghadapi segala sesuatu.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , ,

1 reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: