Hidup Bersama Orang Lain Dengan Aman 

Ia merupakan cabaran yang kita hadapi secara kerap: Bagaimanakah kita boleh hidup bersama orang lain dengan aman dan berdamai apabila konflik tercetus? 

Cabaran kita menerima dan membelajar agama dan ciri ciri hidup orang lain adalah kemanusian yang manjadi toleransi antara kita sekeluarga sedunia.

Kenyataannya adalah, Allah ingin kita untuk hidup bersama orang lain dengan aman. Dia juga tahu bahawa kita tidak selalu berasa tenang dengan orang lain. Konflik berlaku. Ada kalanya, konflik tidak diselesaikan dengan mudah. Sebenarnya, terdapat keadaan di mana konflik tidak dapat diselesaikan. Akan tetapi, Allah ingin kita semua untuk berusaha sedaya upaya untuk berasa tenang dengan semua orang.

Kita yang merupakan pengikut Kristus tahu betul bahawa apabila Allah tidak mengawal kehidupan kita dengan sepenuhnya, kita boleh bertindak sekeji orang yang tidak percaya. Keselamatan kita tidak menghalang kita daripada bersikap jahat, cemburu, terkutuk, atau marah secara automatik. Apabila kita meminta Roh Kudus untuk bekerja dalam kita dan melalui kita, apabila kita menyerah sifat kita kepada sifat-Nya, apabila kita cuba menjadi wakil-Nya di dunia ini dalam setiap hubungan, barulah kita akan mengatasi kebanggaan ke arah sikap yang menimbulkan kedamaian.

Jadi, bagaimanakah kita menangani konflik apabila ia timbul dan menghasilkan keamanan?

Pertama, tentukan nilai hubungan itu. Jika anda ingin hidup secara aman dengan orang lain, anda perlu menentukan, “Adakah hubungan ini cukup penting untuk membuat saya memeliharanya? Adakah saya sanggup berkompromi tentang sesetengah perkara yang menjayakan hubungan ini?” Saya betul-betul percaya bahawa orang yang telah diselamatkan oleh kasih karunia dan didiami Roh Kudus boleh menemukan kedamaian sebenar dalam hubungan mereka apabila kedua-dua pihak menghargai pemeliharaan hubungan itu.

Kedua, mula bercakap … dan terus bercakap. Apabila dua orang bercakap—dan rela untuk terus bercakap dan mendengar antara satu dengan yang lain—mereka lebih cenderung mencari penyelesaian yang cepat bagi konflik mereka dan hidup bersama orang lain secara aman.

Ketiga, bersifat jujur. Anda tidak boleh memiliki agenda tersembunyi atau rancangan manipulatif di sebalik fikiran anda dan mengharapkan hubungan yang aman. Bersikap terus terang dan jujur dengan orang lain apabila konflik timbul membantu anda untuk mencapai penyelesaian yang tenang dalam hubungan anda.

Akhirnya, kenal pasti masalah pokoknya. Apabila anda berkomunikasi secara terbuka dengan orang lain, melihat secara jujur pada pokok konflik, anda berupaya untuk menyelesaikan sebarang kesukaran dengan lebih baik dan mewujudkan keamanan.

Apabila anda berusaha untuk hidup bersama orang lain secara aman, berdiri atas kebenaran Firman Allah, ketahuilah bahawa Allah menyertai anda. Dia akan mengubah apa-apa konflik atau penganiayaan yang anda hadapi kepada manfaat kekal anda. Dia akan membawa pertumbuhan rohani, iman yang lebih kuat, dan kuasa bertahan yang lebih kuat dalam anda. 



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: