Bagaimana Fikiran Anda Mempengaruhi Kedamaian Anda

Jika kita jujur dengan diri sendiri, kebanyakan daripada kita bukanlah siapa atau apa yang kita fikirkan. Fikiran kita benar-benar cacat, sesat, dan dalam kebanyakan keadaan, perlu diubah.

Bagaimanakah saya tahu ini adalah benar? Di samping pengalaman saya menggembala banyak orang selama ini, Firman Allah memanggil kita untuk “membaharui” cara kita berfikir. Itu bermaksud menukarkan persepsi, pendapat, idea, kepercayaan, dan sikap mementingkan diri kita yang lama dengan satu set persepsi, pendapat, idea, kepercayaan, dan sikap baru yang dikembangkan oleh Allah dalam kita. Respons saleh ini dipupuk dengan membaca Alkitab secara tetap dan merenungkan apa yang telah dibaca dalam Alkitab. Pengikut Kristus digesa untuk mengelakkan daripada “ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah – iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna” (Rm. 12:2).

Hasil daripada membaharui pemikiran kita adalah perubahan corak pertuturan kita dan sikap kita. Apabila pertuturan dan sikap kita dibaharui, dunia terdekat kita juga dibaharui. Ia bermula dalam minda dengan apa yang kita pilih untuk fikir dan apa yang kita pilih untuk renungkan.

Anda berupaya untuk menentukan apa yang akan anda fikirkan. Pada bila-bila masa, anda boleh menumpukan fikiran anda pada topik, tugas, atau masalah yang baru untuk diselesaikan dan bukannya pada fikiran negatif yang akan mencuri kedamaian anda dan/atau menyebabkan anda untuk memberontak atau berdosa. Anda berupaya untuk berkata, “Saya memilih untuk mempercayai Allah,” dalam mana-mana situasi yang dihadapi atau fikiran anda.

Tambahan lagi, mana-mana anak Allah yang sengaja melawan corak fikiran yang nyatanya bahaya akan disediakan cara melepaskan diri daripada keadaan itu. Allah akan membantu anda menumpukan fikiran anda pada sesuatu selain daripada masalah atau corak fikiran buruk jika anda mengambil langkah pertama ke arah-Nya. 

Apabila anda menjaga fikiran anda, anda menjaga kedamaian anda. Apabila anda berdoa kepada Allah dengan beriman dan kesyukuran—walau apa pun pencubaan yang dihadapi—Dia menjanjikan ketenangan dalaman (Flp. 4:6-7). Apabila anda menumpukan fikiran anda pada perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat, anda bergantung pada Allah dengan iman dan kepercayaan yang lebih besar. 

Anda tidak mungkin menghabiskan semua keupayaan anda untuk berfikir tentang kebaikan dan kebesaran Allah. Pilihlah untuk memberikan respons terhadap kehidupan anda dalam cara Yesus memberikan respons. Jagalah kehidupan doa anda. Jagalah fikiran anda. Carilah Bapa dan segala sesuatu yang saleh. Firman-Nya berjanji bahawa apabila anda memenuhi fikiran anda dengan perkara yang mulia dan yang patut dipuji, “Allah yang mengurniai kita kesejahteraan akan menyertai kamu” (Flp. 4:9).



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: