Sebab Kita Kehilangan Kedamaian

Hanya ada satu cara untuk mengalami kedamaian yang kekal yang mengatasi keadaan—melalui iman. Iman merupakan dasar untuk hidup dalam kedamaian Allah—kepercayaan aktif dan yakin dalam hadirat dan kuasa-Nya untuk memelihara serta menghiburkan anda, walau apa pun keadaan yang anda hadapi. Akan tetapi, terdapat isu tertentu yang boleh menjejaskan iman kita dan merampas kedamaian kita. Marilah melihat beberapa isu tersebut:

1. Ketakutan yang Tiba-tiba—Sesetengah orang sudah biasa berasa takut dan sedikit panik akan setiap naik turun kehidupan yang kecil sehinggakan mereka tidak dapat membayangkan ada cara yang lain untuk memberikan respons. Mereka berasa sangat sedih tentang setiap jenis perubahan sehinggakan mereka tidak fikir mereka boleh hidup dengan kestabilan emosi yang lebih baik.

2. Musuh—Kita boleh diserang oleh musuh kita, iblis, yang mungkin menggunakan pelbagai cara untuk membuat kita meragui dan kehilangan kepercayaan terhadap Allah kita. Walau bagaimanapun, kita mesti melawannya. Alkitab menggesa kita untuk melawan iblis, maka ia akan lari daripada kita (Yakobus 4:7). 

3. Dosa—Kedamaian dan pemberontakan tidak boleh wujud bersama. Satu-satunya jalan keluar adalah mengakui dosa kepada Allah, berserah kepada-Nya, dan meminta pertolongan-Nya untuk berpaling daripada dan melawan semua pencubaan. Kemudian, kedamaian Allah boleh mengalir sekali lagi. 

4. Melepaskan Kedamaian—Semasa krisis, ada kalanya kita melepaskan kedamaian kita secara rela. Kita melepaskannya. Menyerahkannya. Meninggalkannya. Ingatlah selalu bahawa tiada orang boleh merampas kedamaian kita daripada kita; kita perlu menyerahkannya. Oleh itu, kita sahajalah yang boleh mengambilnya semula.

5. Kehilangan Fokus—Kita boleh membenarkan sangat banyak senario berita buruk yang didengar dan dibaca setiap hari untuk menyebabkan kita kehilangan fokus kita yang betul. Daripada menetapkan fikiran kita pada Allah dan mempercayai-Nya untuk kedamaian dan hadirat-Nya, kita membenarkan fikiran kita untuk melencong dan dirangsang oleh berita dan keadaan negatif yang kita lihat dan dengar. 

Oleh sebab Allah menyertai kita, kita tidak perlu mengalah kepada, tenggelam dalam, atau patah semangat kerana masalah kita. Kita boleh menghadapi, berhadapan dengan, mencabar, mengendalikan, dan akhirnya mengatasi masalah kita melalui kuasa salib. Yesus mengajar pengikut-Nya bahawa semua masalah tidak kekal, hanya untuk suatu musim … dan suatu sebab. Maka, “janganlah kamu risau dan janganlah takut” (Yohanes 14:27). Berpautlah pada kedamaian yang diberikan oleh Allah, yakin bahawa Dia sedang memerhatikan, mengarah, dan menjaga orang yang mempercayai-Nya.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , ,

1 reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: