Kedamaian Yang Diberikan Oleh Allah

Sekiranya anda adalah pelajar Alkitab, saya yakin bahawa anda pernah memerhatikan bahawa perspektif Allah sering kalinya diberikan dalam bentuk perbandingan dan perbezaan. Contohnya, Dia kerap membezakan orang kaya daripada orang miskin, orang yang bijak dan yang bodoh, kegelapan dan terang, dan berhubung dengan topik kita, kedamaian yang berasal daripada Allah menentang kedamaian yang ditemui dalam dunia ini. Yesus berkata, “Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia …” (Yohanes 14:27).

Jelasnya, Tuan kita menyatakan bahawa kedamaian yang diberikan oleh-Nya kepada pengikut-Nya adalah berbeza daripada kedamaian yang ditemui di dunia ini. Apabila Yesus merujuk kepada “dunia,” Dia berkata tentang masyarakat dan budaya di mana manusia hidup.

Pernahkah anda mengalami air laut yang berkocak? Saya pernah beberapa kali mengalami ribut di laut dan secara terus terang, saya tidak mahu mengulangi pengalaman itu lagi! Pada zahirnya, angin bertiup kencang selaju 40, 60, 100 batu sejam, dengan air hujan yang turun mencurah-curah, kilat, guruh, dan kegelapan pekat. Ombak kuat setinggi 20, 30, juga 50 kaki. Kapal akan terlambung-lambung seperti bot permainan dalam ribut seperti ini. Lancang mudah sesat dalam ribut tersebut. Namun, di bawah permukaan laut, hanya 100 kaki di bawah, tiada ribut. Ia tenang sahaja. Tiada bunyi. Tidak bergelora. Tiada riak yang mengocak. 

Kenyataan menakjubkan ini membuat saya fikir tentang kedamaian Allah. Ia memberikan saya bayangan tentang apa yang dikatakan oleh Tuhan apabila Dia menjanjikan kedamaian-Nya kepada murid-murid-Nya. Dia memberitahu mereka disebabkan mereka adalah pengikut-Nya, mereka akan mengalami kesusahan di dunia ini. Sebenarnya, Dia mendakwa bahawa sesetengah daripada mereka akan dibunuh kerana mereka adalah murid-Nya. Meskipun demikian, Dia berjanji bahawa Dia tidak akan meninggalkan orang yang mengikut-Nya, dan kehadiran tetap-Nya merupakan cara di mana mereka dapat mengalami kedamaian-Nya. 

Apabila ketakutan, kerisauan, dan masalah timbul dalam kehidupan anda, carilah tanda kedamaian Allah yang berikut kerana ia …

· Mengatasi keadaan. Sering kali, kedamaian lebih mudah dilihat dan dialami di tengah-tengah dugaan dan kesusahan. Tanpa menghiraukan apa yang anda alami, ketahui ini: Allah adalah kedamaian anda. Letakkan iman anda dalam-Nya.

· Tidak mungkin difahami. Kedamaian Allah bukanlah sesuatu yang kita dapat faham selalu. Namun, ia berkuat kuasa dan sedia ada bagi kita—menjangkau keupayaan kita untuk memahaminya. 

· Tersedia untuk semua pengikut-Nya. Kedamaian Allah tersedia untuk setiap orang yang menerima Yesus sebagai Penyelamat mereka, berpaling daripada dosa mereka, dan mengejar kehidupan yang taat kepada pimpinan Firman Allah dan Roh Kudus.

· Merupakan keadaan yang kekal. Semasa waktu yang sukar dalam kehidupan, Roh Kudus sedia membantu. Kedamaian—kedamaian yang mendalam dan benar yang diberikan oleh Allah—boleh menjadi “norma” kehidupan sehari-hari anda.

Semasa anda mara dalam perjalanan hidup, percayalah bahawa keinginan Allah terhadap anda adalah mengalami kedamaian kekal pada setiap waktu—suatu kedamaian yang merangkumi sukacita dan tujuan dalam setiap lingkungan kehidupan anda.



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity, Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: