Asas Segala Kedamaian

Sebelum berucap di satu acara baru-baru ini, saya makan bersama seorang pekerja di Pantai Barat. Semasa seorang pelayan wanita muda melayan kami, saya menanyanya: “Jika kamu boleh meminta apa-apa sahaja daripada Allah, apakah yang akan kamu minta?”

Tanpa teragak-agak, dia menjawab: “Saya akan minta kedamaian.”

Air mata meleleh dengan sendiri di pipinya semasa dia berkongsi dengan kami tentang kematian nenek kesayangannya beberapa hari sebelumnya.

Ketika dia berkongsi ceritanya, saya mendapat tahu bahawa tiada orang dalam keluarganya mempercayai Allah—dia juga begitu. Dia tidak menolak Allah secara sedar. Namun dia sedar akan suatu keresahan jauh di lubuk hatinya, tetapi dia tidak memahami cara menyelesaikan kacau-bilau dalaman itu, ataupun puncanya. Seperti banyak orang, dia hidup dari sehari ke sehari, tanpa tujuan atau makna kehidupan.

Wanita muda ini mewakili banyak orang dalam masyarakat kita hari ini—buat-buat, berusaha mencukupkan perbelanjaan, mencari jalan di mana kelihatan tiada jalannya, dan cuba memahami semuanya.

Terlalu kerap, nampaknya tiada jawapan yang mencukupi kepada dilema manusia—terutamanya kepada soalan mengapa kita rasa hampa, kosong, dan kekurangan kedamaian. Tambahan lagi, nampaknya tiada sebab yang memuaskan untuk berusaha sedaya-upaya dan masih mengalami penderitaan kesusahan kehidupan.

Pelayan muda itu menjelaskan isunya dengan berkata, “Saya perlukan kedamaian.” Orang lain akan berkata, “Saya rasa sepi.” Sesetengah orang akan berkata, “Jika pasangan saya mengasihi saya sebagaimana seharusnya, saya akan berasa gembira.” Variasi yang berbeza tetapi ungkapan yang sama: “Ada yang tidak kena … Saya tidak gembira. Saya tidak rasa tenang. Apakah yang tidak kena dengan saya?”

Kebanyakan orang yang menjadi mangsa mesej masyarakat sekular kita mengalami kekosongan ini dan menyamakan masalah itu dengan Allah. Kita selalu dihujani dakwaan masyarakat: “Jika saya adalah lebih kurus, memakai pakaian yang lebih bergaya, memandu Jaguar, tinggal di kawasan bandar yang lebih baik, mempunyai gaji yang lebih tinggi …” senarai itu panjang lebar. Walau bagaimanapun, tiada jawapan yang dihargai yang tersebut sebelumnya kepada masalah kita atau beratus-ratus jawapan lain yang diberikan kepada kita boleh memenuhi apa yang amat diinginkan kita secara kekal dan memuaskan.

Pelayan itu betul: Kebanyakan daripada kita rasa kita memerlukan sesuatu lagi—dan satu perkataan yang merangkumi segala-galanya dan menggambarkannya dengan baik sekali ialah kedamaian.

Sebagai seorang yang percayai kepada kuasa Allah, saya boleh memberitahu anda bahawa sehingga anda berdamai dengan Allah, anda tidak mungkin mengalami kedamaian yang sebenar dalam kehidupan ini. 



Categories: Bahasa Malaysia, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: