Adakah Kita Inginkan Penyembuhan?

Dalam Yohanes 5, Yesus berada di Yerusalem untuk satu perayaan Yahudi. Sesudah tiba di sana, Dia berjalan melewati sebuah kolam di mana banyak orang buta, tempang, dan lumpuh berbaring. Tradisi mengajar bahawa air kolam itu berkocak apabila malaikat turun ke kolam itu. Dan orang pertama yang memasuki kolam itu semasa air berkocak akan disembuhkan. Terdapat seorang lelaki di sana yang sudah sakit selama 38 tahun. Apabila Yesus melihatnya menunggu air itu berkocak, Dia menanya lelaki itu, “Mahukah kamu sembuh?” (Yohanes 5:6 BM) 

Marilah berhenti sejenak dan nyatakan hal yang jelas. Yesus mengetahui segala sesuatu, dan Dia menanya seorang lelaki yang sudah sakit selama 38 tahun sama ada ia mahu sembuh. Kita tidak tahu secara tepat apa yang tidak kena dengan lelaki ini, tetapi jelas ia tidak dapat memasuki kolam itu tanpa bantuan. Soalan Yesus sama ada ia mahu sembuh kelihatan seperti soalan retorik. Sudah tentu ia inginkan penyembuhan, jika tidak ia tidak akan berada di sana, bukan? Memandangkan Yesus tidak pernah mengatakan sesuatu yang salah atau membuat kesilapan, Dia mempunyai tujuan dalam soalan-Nya kepada orang yang sakit itu. Barangkali Yesus menanya orang itu kerana Dia mahu orang itu untuk betul-betul menanya dirinya, “Mahukah saya sembuh?” 

Ada kalanya kita menjadi biasa dan selesa dengan keadaan kehidupan kita. Kita membiasakan diri terhadap keadaan kita, mekipun keadaan yang buruk, dan kita berkata kita mahu berubah tetapi tidak betul-betul melakukan sesuatu untuk berubah. 

Kita mengatakan bahawa kita ingin menjadi lebih sihat, tetapi kita tidak mengubah pemakanan kita. 
Kita mengatakan bahawa kita inginkan perkahwinan yang kukuh, tetapi kita tidak membina pasangan kita.
Kita mengatakan bahawa anak kita adalah keutamaan kita, tetapi kita tidak berbual dengan mereka.

Mungkin kita perlu menanya diri apa yang Yesus tanya lelaki ini: Mahukah saya sembuh? Jika kita ingin sembuh daripada _____________, adakah kita sanggup melakukan perkara yang Allah panggil kita untuk lakukan demi memperoleh penyembuhan itu? Ya, Yesus memberikan penyembuhan yang tepat dan segera. Kita melihat itu sepanjang Alkitab. Marilah mempercayai-Nya berkenaan itu dalam kehidupan kita juga. Walau bagaimanapun, terdapat waktu di mana kita perlu memainkan peranan dalam penyembuhan kita. Betapa sangat-sangat kita inginkan ini? Adakah kita tidak menyukai keadaan semasa kita ataupun adakah kita selesa dalam ketidakselesaan ini?

Inilah soalan-soalan sukar yang kita perlu tanya diri sendiri, kerana kejujuran mentaliti diperlukan. Haruskah Allah datang dengan tongkat kemuliaan-Nya dan menyembuhkan kita sepenuhnya dengan serta-merta? Jika Dia datang, pujilah Dia kerana itu! Namun, jika Dia menghendaki kita untuk memainkan peranan kita, marilah menyumbangkan usaha yang Dia panggil itu. 



Categories: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, christianity

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: